Khamis, 26 Disember 2013

Kantoii..Pemuda Hasut Guling Kerajaan 31 Dis. DiTangkap Polis..

Polis telah menangkap seorang remaja yang dipercayai mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan persekutuan pada malam tahun baru.(Gambar Sekadar Hiasan)

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kebangsaan, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek yang menggunakan akaun Facebook di bawah nama Asmaelz Hadzeny II ditangkap pada jam 11 pagi ini di Saratok, Sarawak.

"Suspek ini akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Polis telah mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," kata Hadi dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia hari ini.

Polis dilihat cuba menghentikan perhimpunan pada malam tahun baru.

Selasa lalu, pengerusi NGO Turun, Mohd Azan Safar yang merancang untuk mengadakan demonstrasi kenaikan harga barang, ditangkap sebelum tengah malam dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen sama di bawah Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan