Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan
seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi
keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.(Gambar sekadar Hiasan)
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai
polisberkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil.
Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media
Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di
sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta
dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta
pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar pada Khamis melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi
keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis
berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai
terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten
Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM
turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama
Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram inimembabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan
wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3
juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan