Khamis, 26 Disember 2013

Kecoh..Penggunaan Lambang Salib..Kenyataan Terkini Dr. Rani Osman

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata tak salah berucap di rostrum yang ada lambang salib.

Beliau yang mempertahankan tindakannya hadir dalam sebuah majlis anjuran sebuah pertubuhan agama Kristian di Meru malam tadi mengakui pihaknya menyedari rostrum yang disediakan ketika berucap dalam majlis itu mempunyai lambang salib namun perkara itu bukan satu isu besar.

Sebaliknya Abdul Rani yang juga ADUN Meru menjelaskan, majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 penganut Kristian itu adalah melibatkan pemberian bantuan dan bukannya upacara keagamaan bukan Islam.
”Saya rasa tidak ada masalah (hadir pada majlis tersebut). Saya wakil rakyat di kawasan DUN Meru dan saya mewakili semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama bukannya Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya menerusi laman-laman blog yang menunjukkan ADUN Meru itu berdiri di sebuah rostrum yang tertera lambang salib dan memberikan ucapan dalam satu majlis yang dikatakan dianjurkan oleh sebuah persatuan Kristian di kawasan DUN berkenaan.

Merujuk kepada laman Facebook Abdul Rani, beliau didapati turut memuatkan gambar-gambarnya dalam majlis tersebut selain menceritakan pandangan Pastor Moses Savari yang turut hadir pada majlis berkenaan yang memuji kehadiran beliau.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Abdul Rani mengakui dalam majlis itu beliau memberikan ucapan antara lain menjelaskan pandangan Islam terhadap agama Kristian kepada para hadirin.
”Saya beritahu mereka (kepada hadirin), nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Selain itu saya turut menerangkan ayat al-Quran dalam surah Hujurat bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya manusia dapat kenal mengenal di antara satu sama lain,” katanya.

4 ulasan:

  1. 'perkara itu bukan satu isu besar'.

    ini bukan isu besar atau kecik tapi takdak isu langsung la. dewan komuniti di negara2 barat ada lambang salib diguna oleh orang islam utk makan minum (kenduri), no problem at all.

    BalasPadam
  2. gerombolan parti pandi kutti sekutu apco kaki fitnah & ampu/bodek cari apa saja modal mahu fitnah ! kerja dajjal-dajjal yang mengaku islam daa ! ABU !

    BalasPadam
  3. mmg bukan isu besar tpi membuka kepada fitnah oleh org2 yg fasik...gbr ini akan digunakan pada pilihanraya akan dtg oleh musuh2 politik...hati2...

    BalasPadam
  4. Kalau nak difikirkan sangat tentang fitnah daripada kaum musyrikin dan munafik, maka tak akan berjalan lah dakwah di muka bumi ini sebab golongan ini selamanya tidak pernah dan tidak akan berhenti menabur fitnah utk menghancurkan Islam dan pejuang Islam.

    BalasPadam