Ahad, 12 Januari 2014

Menteri nii Kata Belanja Perkhawinan Anaknya Paling Berhemah..

Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.

Anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina berkahwin dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie menerusi majlis perkahwinan mewah termasuk majlis akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta kenduri dua hari di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.
"Untuk mengurangkan kos, saya  meminta menantu saya untuk mengadakannya di KL. Jika ia dibuat di Jakarta, keluarga dan saudara-mara saya perlu terbang ke sana dan akibatnya, saya perlu menanggung kos yang lebih untuk tiket penerbangan dan penginapan.

Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan itu.
"Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?" katanya.

Majlis perkahwinan anaknya turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.
Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya  menerima "pakej yang baik" sebagai balasan untuk publisiti.

"Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan," katanya.
Awal minggu ini, rakan sekerja Ismail, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana menganjurkan parti "hari jadi" mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur yang tetamunya mendakwa ia menjadi majlis sambutan Tahun Baru.

Beberapa penulis blog pro- Umno juga mempersoalkan atas keperluan apa Jabatan Perdana Menteri mempunyai dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada 2012.

Perkahwinan, ditambah pula dengan parti mewah Ahmad Zahid dan juga pembelian kereta Mercedes mewah oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk  Ketua Menteri, Lim Guan Eng datang ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga tarif elektrik, makanan, bahan api dan kos persekolahan.

Nak tengok gambar lagi banyak..klik sini..



1 ulasan:

  1. jamuan mentah kedarah untuk jembalang hantu syaitan. jin berkeliaran dimerata2 di premis jamuan mentah kedarah kepada kroni2. kenduri boomerang namanya. macam jawak pulak mentari ni.

    BalasPadam