Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan
Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri
Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini. (gambar hanya Hiasan)
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran
berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila
masa," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Terengganu, hari ini.
Semalam,
Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team
mengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA
ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji
Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lepas.
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.
"Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga
Super. Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan
dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super,"
katanya. - Bernama
Lag Panasss...MB Trengganu Naik Angin Dengan FAM Klik Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan