Jumaat, 19 September 2014

Panasss...Ada Pewakilan Yang Protes Sampai Baring..???



Hebat pembahas dalam Muktamar PAS hari ini. Siap minta Pemuda PAS yang keluar dewan diam-diam disiasat oleh badan tatatertib dan diambil tindakan.

 Dunia demokrasi akan mentertawakan mereka sedangkan selama ini demokrasi dan kebebasanlah yang beratib di bibir masing-masing.

 Yb Khalid Samad dan rakan-rakannya dari kalangan AJK PAS Pusat selalu mengulang-ulang dalam ucapan dan tulisan mereka

- jangan kita marah kepada pengkritik kita.. kita kena bersedia kerana nanti bila jadi kerajaan, kita kena biasa berdepan dengan kritikan rakyat. Ini baru protes senyap keluar dewan, sudah bergegar satu dewan dibahas. Pembahas pemuda PAS lagi matang. Saya dimaklumkan tidak ada pun yang sentuh tentang perkara itu dalam perbahasan mereka. Kecuali AJK Pemuda PAS Malaysia, Sany ketika penggulungan. Itu pun dia sentuh sepintas lalu sambil lawak tidak kelakar minta perwakilan bangun atas kerusi. Pelik..pelik.

Sepanjang pengamatan saya, tindakan Pemuda PAS yang keluar senyap-senyap itu pun boleh dikategorikan sebagai berakhlak. Mesti geng ustaz dan ulamak PAS tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Ini negara demokrasi, izinkan saya untuk berbeza. Saya difahamkan melalui media, pemuda yang bangun itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan Mohd Sabu sebab kononnya Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden tidak banyak berperanan menguatkan Presiden PAS, malah sering dilihat bercanggah.

Pemuda PAS itu saya anggap sangat berakhlak sebab mereka tidak baling-baling kerusi seperti PKR. Mereka tidak mencetuskan huru-hara atau mengeluarkan kata-kata kesat. Saya andaikan mereka tengah marah. Orang marah, kalau dia sedang berdiri elok duduk. Kalau sedang duduk elok berbaring. Tapi tidak munasabah kalau mereka berbaring dalam dewan sebegitu.

 Daripada kemarahan mereka memuncak dan tidak terkawal, baguslah mereka keluar, ambil air sembahyang, sembahyang atau ambil angin di luar. Biar marah itu reda. Itu pun dilabel dengan pemuda biadap dan tidak berakhlak. Dalam perbahasan kata jangan mudah label, tapi sedar tidak sedar kita juga melabel. Pelik..pelik.

Bagi saya, itu hak pembahas PAS untuk mencadangkan supaya pemuda-pemuda itu disiasat dan diambil tindakan tatatertib. Cuma saya rasa pelik, kenapa protes keluar dengan senyap itu seolah-olah jadi isu paling besar untuk disiasat oleh badan tatatertib PAS sedangkan banyak lagi aduan terbuka dari ahli PAS yang tidak pula dibahas sampai menggegarkan dewan? Pelik.. pelik.

- Bagaimana dengan akhlak 2 orang adun PAS yang lompat sokong PKR itu? Veteran PAS Subky Latif sudah berulangkali sebut. Sudah dipanggilkah?

- Bagaimana dengan pengakuan YB Saari Sungit ada pemimpin PAS yang arah dan minta mereka lompat? Berakhlakkah dan sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan tahap akhlak pemimpin PAS yang berbohong kononnya tidak tahu menahu dan tidak ada kaitan dengan Pasma, tetapi turut hadir sokong penubuhan Pasma, malah menyampaikan ucaputama? Sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan akhlak ahli PAS yang menubuhkan Pasma dan menjadikan wacana Pasma tempat sindir dan perli presiden PAS?

- Bagaimana pula dengan AJK PAS pusat yang turut hadir dalam jemputan wacana Pasma dari sudut akhlaknya? Tidak perlu disiasatkah?

- Bagaimana dengan pembocor whatsapp group AJK PAS pusat itu? Betulkah dia pakai bluetooth? Bukankah itu isu akhlak yang sebenar?

- Bagaimana dengan laporan yang dibuat oleh kawasan-kawasan dalam muktamar pemuda PAS adanya penipuan daftar pemilih itu? Katanya hampir bergegar muktamar pemuda sehingga pengerusi tetap jatuh sakit? Sudah siasatkah?

- Bagaimana pula katanya ada penipuan tandatangan dalam buku laporan muktamar pemuda sebagaimana yang dinafikan oleh penama yang didakwa menandatangani? Sudah terjawabkah?

Saya rasa isu-isu akhlak dan penyelewengan di atas lagi berat dan besar bagi PAS yang perlu dibangkitkan oleh pembahas berbanding protes senyap pemuda-pemuda PAS itu. Jangan nanti orang luar melihat pembahas PAS seperti semut di seberang nampak, gajah di depan mata tidak perasan. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Jangan sangka anda boleh menyihir para perwakilan PAS dengan ucapan yang berdegar-degar. Kasihan PAS, pembahas ucaputama pun hendak berpolitik. Pelik.. pelik

. SEKIAN .Saudara MSO,
18hb September 2014, 22.43pm, Malaysia.

JuRaGan : Puak PasMA@ Parasit dalam Muktamar kata jangan labelkan jemaah dengan berbagai label..Bila merek alabelkan orang "Biadap" boleh pulak...cakap jangan serupa minum daun ketum beb...

8 ulasan:

  1. depa yang keluar dewan masa mat sabu cakap tu memang sah mangkuk x leh pakai ! ABU & jangan lupa boikot geng "UG' ! Allahu Akhbar !

    BalasPadam
  2. Sy menyokong kepimpinan ulama dan tokguruu..tp sy naik menyampah dgn ust2 muda yg poyo yg merasa hebat sgt dan x cerdik..cuma bg peluang pd org lain menyerang pas ja...knp ya ust2 skrg nie merasa diaorg saja btl? Seolah2 golongan lain x ada jasa dan sumbangan..adakah krn sombong dgn ilmu yg ada..? Bru blk mesir 2 3 tahun prasan mcm diri tue dh ulama sgt...

    BalasPadam
  3. Kritikan dan akhlah biadap adalah dua perkara yg berbeza..............memang puak puak yg keluar dewan tu tak berakhlak.........kenapa tak dibahaskan dengan usul kalau tak setuju........puak tu sememangnya mentah seperti jagong......perasan berilmu tapi macam azazil semasa kejadian Adam AS. Hanya segelintir ahli MSU yg layak dipangku sbgai ulamak, yg lain jauh tersasar sebagai ahli politik saja demi kepentingan peribadi!

    BalasPadam
  4. Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

    Tak perlu berdolak-dalik...

    Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

    Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




    Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



    Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


    Sumber berita

    >>>> Klik Di Sini

    BalasPadam
  5. Haji hadi dan menantu mengajar ahli berakhlak buruk... Lihat saja perangai hadi yg agungkan sultan semata mata kerana duit emas... Dalam quran tiada makna satu zarah pun sultan atau ularmak sesat

    BalasPadam
  6. yeh! yeh! Yeh! pas dah nak mai jadi macam umno.

    BalasPadam
  7. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam