Syurga
merupakan suatu destinas terakhir yang diimpikan oleh umat Islam yang
beriman dan bertaqwa. Pelbagai kisah, gambaran dan perumpamaan akan
hakikat syurga yang telah 'terbongkar' baik dari Al-Quran mahupun
hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Namun begitu, untuk memperolehinya
bukanlah semudah mengimpikannya. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi,
ketaqwaan yang jitu dan keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Allah
s.w.t dan Rasulnya. Ini telahpun dibuktikan oleh para sahabat Baginda
yang benar-benar menginginkan syurga Allah s.w.t hingga telah dijamin
nama mereka sebagai penghuni syurga. Siapakah mereka?. Berikut adalah 10
orang sahabat Rasulullah s.a.w yang telah memdapat jaminan ke syurga.
1. Abu Bakar As-Siddiq
Abu
Bakar as-Siddiq r.a adalah salah seorang daripada empat sahabat baginda
yang utama. Beliau adalah sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w.
Setelah kewafatan baginda, beliau merupakan khalifah Islam yang pertama
yang dilantik untuk memimpin umat Islam ketika itu. Seorang sahabat
yang sentiasa denkat dengan baginda kemana sahaja baginda pergi, Abu
Bakar pasti menyertainya. Ini termasuk ketika Nabi dalam perjalanan
hijrah dari Makkah ke Madinah, iaitu suatu perjalanan yang sangat
merbahaya dan berisiko serta penuh ancaman musuh.
Sejak
remaja, Abu Bakar telah bersahabat baik dengan Baginda malah beliau
adalah orang yang pertama yang memeluk agama Islam yang dibawa oleh
Baginda. Ini kerana beliau mempercayai sepenuhnya Rasulullah s.a.w
kerana ketinggian akhlak dan sifat baginda. Ini dibuktikan ketika
Baginda menceritakan pengalaman Isra' dan Mikraj nya. Ketika itu ramai
sahabat yang kebingungan dan tidak kurang juga yang sangsi serta ragu.
Namun begitu Abu Bakar orang pertama yang dengan pantasnya membenarkan
peristiwa tersebut. Oleh kerana itulah beliau digelar sebagai
as-Siddiq. Beliau dikhabarkan meriwayatkan hampir 142 hadith Rasulullah
s.a.wAbu Bakar wafat ketika berusia 63 tahun bersamaan 13 Hijrah. Beliau
dikuburkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.
2. Umar bin Khattab
Umar
r.a merupakan khalifah yang kedua iaitu selepas kewafatan Abu Bakar
as-Siddiq. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat yang dikasihi
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum beliau memeluk Islam, Umar terkenal
dengan sifatnya yang suka bergusti, mengganggu kaum Muslimin dan suka
minum minuman keras. Seluruh penduduk Makkah takut dengannya. Umar
memeluk Islam setelah terdengar bacaan surah Taha yang dibacakan oleh
saudara perempuannya. Selepas mengakui keilamannya, beliau sangat tegas
dalam membela agama Allah. Beliau merupakan salah satu benteng Islam
yang mampu mnyurutkan perlawanan kaum Quraisy dengan Baginda dan para
sahabat yang lain.
Ketika
beliau diangkat menjadi Khalifah yang ke dua, beliau meluaskan pengaruh
dan jajahan Islam dengan begitu luas. Umar juga dapat menakluk kerajaan
Parsi dan Rom Timur dalam masa satu tahun sahaja. (636-637H). Beliau
merupakan seorang pemimpin yang sangat berserdahana dan mengambil berat
akan rakyatnya. Umar wafat pada 23Hijrah akibat dibunuh oleh Abu Lukluk
ketika beliau ingin mengimamkan solat. Makamnya berhampiran dengan makam
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a
3. Uthman bin Affan
Beliau
merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Abu Bakar dan Umar. Pada
waktu kepimpinannya, beliau berjaya mengumpul dan menyusun al-Quran
dalam bentuk mushaf. Uthman memeluk Islam hasil daripada ajakan Abu
Bakar a.s. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur Ain (Pemilik Dua Cahaya)
kerana menikahi dua puteri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu
Kalsum. Uthman terkenal sebegai seorang saudagar yang kaya serta
dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t.
Ketika berlakunya perang Tabuk, Uthman menyumbangkan lebih 940 ekor
unta, kmudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapkannya menjadi 1000
ekor binatang. Uthman wafat pada tahun 35 Hijrah.
4. Ali bin Abi Talib
Beliau
dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Beliau merupakan suami kepada
Fatimah ini merupakan orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan
kanak-kanak. Sebahagian riwayat menyebut ketika itu usianya adalah 10
tahun. Ali terkenal sebagai seorang yang berani, ahli siasah perang dan
cerdas. Pada peristiwa Hijrah, Ali merelakan diri untuk tidur di tempat
tidur Rasulullah s.a.w untuk mengalihkan perhatian tentera Quraisy yang
menyangka bahawa Baginda masih berada di dalam rumah. Beliau wafat pada
tahun 40H, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang
yang beracun setelah beliau solat subuh. Beliau meninggal ketika berumur
63 tahun dan menjawat jawatan sebagai khalifah selama 4 tahun 9 bulan.
Makam beliau di Kufah, Iraq.
5. Thalhah bin Abdullah
Beliau
dikenali sebagai salah seorang pembantu kanan Rasulullah s.a.w dari
suku Quraisy. Ketika perang Uhud meletus, Talhah dengan berani turut
menyertai perang tersebut. Dalam perang itu, beliau mendapat cedera dan
luka yang parah. Ini kerana beliau menjadikan tubuhnya sebagai benteng
untuk melindungi Baginda daripada panah-panah dari tentera musuh.
Disebebkan itu tubuhnya luka manakala jarinya putus. Thalhah wafat pada
36H sewaktu syahid dalam perang Jamal.
6. Zubair bin Awwam
Beliau
adalah salah seorang daripada as-sabiqun al-awwalun (golongan yang
pertama memeluk Islam). Ketika beliau memeluk Islam, umurnya baru sahaja
mencecah 15 tahun. Beliau begitu cintakan Islam. Buktinya, beliau
dengan berani membela agama Allah hingga tidak pernah sekalipun
tertinggal dalam peperangan. Malah beliau juga sentiasa berada di
barisan hadapan dalam peperangan. Seluruh tubuhnya terdapat bekas-bekas
kesan luka dari peperangan yang disertainya. Zubair amat mencintai
Rasulullah s.a.w. Ketika berlaku pertelingkahan antara kaum Muslimin,
beliau sentiasa mendamaikan mereka tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
Beliau wafat pada 36H akibat ditikam ketika solat.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Beliau memeluk Islam sewaktu berusia 17 tahun. Seorang yang mahir menunggang kuda dan memanah. Dikhabarkan bahawa jika Sa’ad memanah, maka ia pasti tepat mengenai sasaran. Oleh
kerana itu ia memainkan peranan yang penting dalam peperangan hingga
semua peperangan turut disertainya. Keteguhannya terhadap Islam terbukti
ketika ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum sewaktu di awal
keislamannya dengan harapan anaknya itu akan kembali kepada ajaran agama
nenek moyangnya. Namun, meskipun sewaktu ibunya hamper menemui ajal,
Sa’ad langsng tidak terpengaruh dengan ancaman tersebut. Beliau tidak
sedikit pun menjual keyakinannya walaupun dengan nyawa ibunya sendiri.
Begitu hebat keteguhan beliau dan kecintaan beliau terhadap Islam
melebihi kecintaan terhadap ibunya sendiri. Ketika Umar al-Khattab
menjadi khalifah, Sa’ad dilantik sebagai gabenor tentera di Iraq untuk
mengatur pemerintahan dan ketenteraan di sana. Beliau wafat ketika
berusia 70 tahun.
8. Said bin Zaid
Beliau
adalah antara sahabat yang bertuah kerana memeluk Islam memeluk Islam
bersama-sama dengan adik Umar al-Khattab yang juga isteri Said bernama
Fathimah binti al-Khattab. Ketika memeluk Islam usianya baru sahaja 20
tahun. Beliau mengabdikan dirinya kepada Islam dengan sepenuh hati.
Beliau juga antara sahabat yang turut serta dalam setiap peperangan
bersama Rasulullah s.a.w. Beliau turut bersama kaum Muslimin ketika
mencabut singgahsana Kisra Parsi. Said pernah menjadi mata-mata kepada
kegiatan musuh selepas disuruh oleh baginda. Beliau wafat pada 51H
ketika berusia 70 tahun.
9. Abdurrahman bin Auf
Beliau
termasuk salah seorang daripada tujuh orang terawal memeluk Islam.
Abdurrahman diberi kelebihan oleh Allah dengan memiliki kekayaan dan
harta yang melimpah ruah melalui hasil perniagaannya. Kekayaan dan
kemewahan sedikit pun tidak membuatkannya lupa diri. Beliau sentiasa
menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika dikhabarkan yang
beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga, beliau lebih
berkobar-kobar untuk bersedekah dan memberikan hartanya di jalan Allah.
Dikharbarkan Abdurrahman menafkahkan 40,000 dirham emas, 40,000 dirham
perak, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta untuk keperluan perjuangan
menegakkan Islam. Beliau sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.
Wafat pada 32H sewaktu berusia 72 tahun.
10. Abu Ubaidah bin Jarrah
Beliau
adalah antara sahabat yang paling dipercayai oleh Rasulullah. Baginda
pernah membuat penyataan dan pujian terhadap Abu Ubaidah. “Sesungguhnya
setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya keperayaan
umat ini adalah Abu Ubaidah.” Beliau adalah seorang yang jujur lagi
amanah. Beliau memeluk Islam melalui perantaraan Abu Bakar as-Siddiq di
awal kerasulan Baginda. Abu Ubaidah juga pernah beberapa kali memimpin
peperangan. Wafat pada tahun 18H.
No 5 tu sepatutnya Sayyidina Talhah Bin Ubaidullah ra.
BalasPadamKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
BalasPadamKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
BalasPadamALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi (PAK SUGENG ) DI NMR
( 082-315-999-679 )
atau Atau klik disini
Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus
Nice Blog !
BalasPadamDitunggu kunjungan baliknya :
http://arenapermainan.blogspot.com/p/mesin-capit-boneka.html
Thank you for sharing such a brilliant article.
BalasPadamวิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
that’s awesome.
BalasPadamวิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
it’s so amazing.
BalasPadamวิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
วิธีเล่นบาคาร่า
شركة مكافحة حشرات بصفوى
BalasPadamشركة تعقيم بالدمام
شركة تعقيم بجدة
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة مكافحة حشرات ببقيق
https://al-koya.com/
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف موكيت بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف مدارس بالدمام