Ahad, 30 Januari 2011

Fuhh...Majlis Fatwa Mahu Ambil Tindakan Terhadap TG Nik Aziz??

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja disaran mengambil perhatian serius terhadap tindak-tanduk “Ketua Ahzab” Malaysia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bebas mengeluarkan pelbagai “fatwa” yang dikhuatiri boleh memecahkan belahkan umat Islam di negara ini.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata “fatwa” karut marut Mursyidul Am Pas itu boleh mengundang perpecahan yang serius termasuk “fatwa” terbarunya yang menyebut pengundi di DUN Tenang yang tidak mengundi Pas tergolong di dalam kumpulan jahiliah.

Menurut beliau jika sebarang tindakan tidak diambil sudah pasti tokoh yang diagung-agungkan oleh penyokong “totok” Pas akan berterusan mengeluarkan pelbagai “fatwa” dalam usaha memastikan partinya mendapat sokongan umat Islam.

“Nik Aziz hari ini telah berubah banyak sekali dan saya melihat dirinya telah dikuasai oleh kepimpinan “toghut”. Sebelum 1988, beliau merupakan seorang pemimpin yang “berwala’ kepada Allah s.w.t tetapi selepas itu, Nik Aziz telah “berwala’ kepada “toghut” (melampau).

“Beliau perlu insaf dan bertaubat kepada Allah s..w.t. Cukup-cukuplah sesatkan umat Islam dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah itu. Tahukah beliau, tindak-tanduk beliau itu boleh mengundang perpecahan yang serius di kalangan masyarakat Islam hari ini.

“Sebab itu saya minta sangat-sangat pihak berwajib memantau dan ambil tindakan segera dan secepat mungkin terhadap pemimpin yang “berwala’” kepada kepimpinan “toghut” ini untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah,” katanya.

Beliau diminta mengulas ‘fatwa’ Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.

Ustaz Mohd Noor seterusnya menyeru agar umat Islam khususnya pengundi di DUN Tenang mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kepimpinan yang menjurus ke arah kepimpinan syaitan.

“Ingatlah apabila sesiapa yang memimpin kepada “toghut”, maka “toghut” akan mengeluarkan dia daripada cahaya iman kepada kegelapan demi kegelapan,” katanya.

5 ulasan:

  1. kah kah kah..berita paling lucu dan mengalahkan lawak dalam Raja Lawak!!Hany ajauhari mengenal maknikam kata orang tua2...tak betul ke ke kalau undi BN kat Tenang memang jahilliah?? bermacam bukti orang dah kasi,, calun sendrii pun serabut punya kaki...kalau kes kat mahkamah masih berjalan , hal tipu rakyat pulak tu..ke memang orang Tenang ni jahil? orang frelda memang di biarkan jahil oleh UMNO..senang dan buat 'pot' undi free...5 tahun sekali BN datang la bawa beras 5 kg, bawa kain pelikat, sanggup la makan bersila, jamah ikan kering..nak tunjuk berjiwa rakyat nya mereka..dan bawa la lori turap jalan..felda jadi medan pesta bila ada PRU/PRK selepas tu?...kena tipu tanam semula, kena tipu harga kelapa sawit..dapat beras 5 kg ..SONYAP!

    BalasPadam
  2. tengok cara hidup pemimpim2,isteri,anak2 dah macam jahillah dah pun...tak ada hasrat pun dari hari ke hari nak ke islam

    BalasPadam
  3. Kesian pd prof. seorang ni. Tak sedar bahawa diri sendiri yg toghut sebab dok sokong umno yg dah memang sedia toghut.

    BalasPadam
  4. ore jahat tak akan kata dio jahat, ore jahil x akan kata dio jahil , ore toghut takan kat dio toghut .. tp sbnrnya smua tu ado pd dio.....sanggup memutar pemikiran rakyat demi nk habuan dr kerajaan ....teruk betul ore supo mat noor ni

    BalasPadam
  5. Jahiliah bermaksud jahil(dangkal) dalah hal keagamaan,bukannya maksud tak bertamadun.Memang betuipun dalam bab agama kalau pilih UMNO jahil.Takkah bersalam antara lelaki perempuan bukan muhrim tu halal?,takkah mendedahkan aurat oleh kebanyakan pemimpin UMNO halal?, takkah rasuah itu halal?, Takkah membiarkan teman sekutu MCA menghina syariah Islam itu halal?kalau UMNO kata halal, itu bukan Jahiliah tapi sesat, tapi kalau UMNO kata itu hal remeh temeh sesah itu JAHIL, kalau jahil itu dibudayakan, iti dah jadi Jahiliah. Salahkah TOK GURU kata menyokong budaya jahil itu jahiliah.

    BalasPadam