Ahad, 30 Januari 2011

Sombongg....Pak Din "Perlekeh" Habis PKR...

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai menggambarkan hakikat PKR kini sebuah 'parti kian runtuh'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini hampir semua pengasas PKR sudah keluar daripada parti itu yang menjadi petanda perjuangannya bukan saja tidak didukung oleh pemimpin sendiri, malah ditolak rakyat.

“Jelaslah PKR parti kian runtuh. Pastinya Gobalakrishnan kecewa dan rasa tertipu kerana masyarakat India tidak diberi tempat dalam PKR. Janji awal Anwar Ibrahim (Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang kelihatan gah dan hebat itu, hari ini terbukti tidak dapat ditunaikan.
“Ia menunjukkan hakikat kepemimpinan PKR dan gambaran sokongan masyarakat kepada PKR semakin menurun setiap hari,” katanya.

Muhyiddin percaya keadaan dialami PKR juga petanda tidak baik bagi mereka dan seharusnya menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang masih percayakan Anwar sebagai penyelamat.

Katanya, tindakan Gobalakrishnan menunjukkan Ahli Parlimen terbabit bijak melihat kegagalan dalam PKR dan pakatan pembangkang.

“Tindakannya tiada kena mengena dengan BN. Sudah tentu dia ahli politik yang bijak. Bukan saja nampak kegagalan dalam pakatan malah juga berfikiran rasional dan mampu melihat kebaikan serta langkah bertanggungjawab kerajaan ketika ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan