Isnin, 11 April 2011

Najib Beri Gambaran,Taib Gagal Di Sarawak..

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Datuk Seri Najib Razak sendiri “mengetuai” BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, tidak pernah dalam sejarah seorang perdana menteri dan keseluruhan anggota Kabinet pusat sanggup menghabiskan kebanyakan masa dan usaha mereka ketika pilihan raya negeri Sarawak.

Kempen pilihan raya negeri ke-10 ini bermula Rabu lalu dan kini hanya tinggal lagi enam hari.

“Buat kali pertama kita melihat kegagalan di pihak kepimpinan negeri... dan usaha terdesak Najib untuk datang dan dengan sewenang-wenangnya menggunakan keseluruhan sumber kerajaan persekutuan (untuk berkempen),” kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Pakatan Rakyat menggerakkan kempen mereka dengan menggunakan rasa tidak puas hati penduduk Sarawak terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang kuasa itu.

Meskipun dibayangi dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, Taib memutuskan untuk terus mempertahankan kerusi Balingian kali ini dan mahu mengetuai BN Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini.

“Biasanya, pada masa-masa lalu ada sensitiviti bahawa (kempen di) Sarawak hanya harus diuruskan oleh rakyat Sarawak,” kata Anwar, Ketua Umum PKR ketika ditanya mengenai jadual ketat enam hari Najib menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Najib akan berada di Kuching semula malam ini selepas kunjungan awal Khamis lalu.

“Sangat jelas, ada kebimbangan dalam BN bahawa Taib Mahmud, ketua menteri dan keseluruhan Kabinet negeri tidak berupaya untuk memastikan sokongan daripada rakyat Sarawak buat BN, bukan sahaja memerlukan Najib tetapi keseluruhan sumber kerajaan persekutuan,” kata Anwar.


2 ulasan:

  1. Tak payah nak pusing2.Ramai yg dtg ke ceramah PKR/PR tu bukan nak dgr ulasan Anwar,tpi nak tengok macamana rupa Anwar.People were curious.Betulkah ini org dlm video tu?Pakai jam omega atau tidak?Mereka hanya ingintahu.

    Org Swak pd amnya masih memberi undi kpd BN.

    Di DUN bandar mungkin satu dua kerusi dimenangi DAP.Di luar bandar,semua calon PAS n PKR akan tewas.SNAP pun kalah teruk sekali lagi.PCM akan kehilangan wang pertaruhan mereka.Come 16 April PR akan gulung tikar!

    BalasPadam
  2. elehh....itu cakap penyokong tegar umno yang otak ada tapi akal yang tak leh pakai...zaman dimana setiap orangh menuntut perubahan dari di tipu oleh penguasa yang rakus kamu masih sokong lagi..hairan betul aku dengan penyokong tegar begini...allah tak akan mengubah nasib kaum itu melainkan ian sendiri yang mengubah...oleh itu jom ubah undi PR.

    BalasPadam