Sabtu, 19 Jun 2010

Tengok nii...Barua Umno Berkata-kata...Nak Temuntahh..

Langkah DAP Perak menguatkuasakan syarat ganti rugi RM5 juta bagi memastikan wakil rakyatnya tidak keluar parti adalah amat bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan seperti mana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, menurut Perlembagaan Persekutuan setiap individu berhak memilih persatuan atau parti politik yang hendak disertai atas nama kebebasan untuk berpersatuan.

Justeru, beliau yang juga pakar Perlembagaan Persekutuan menegaskan, wakil rakyat yang dikehendaki membayar sejumlah itu kerana meninggalkan DAP tidak perlu mematuhi syarat tersebut kerana ternyata ia tidak sah.

"Syarat ini amat menghairankan saya kerana setiap individu telah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana persatuan dan parti yang ingin mereka sertai. Mereka bebas untuk masuk atau keluar mana-mana persatuan.

"Ini adalah jaminan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Persatuan atau parti politik tidak berhak untuk mengenakan syarat sama ada menyekat untuk masuk atau keluar seperti mana yang dilakukan oleh parti DAP,'' katanya

Beliau mengulas tindakan DAP Perak menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, semua wakil rakyat DAP sebelum ini telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan.

"Kita telah memutuskan perjanjian itu perlu ditandatangani setiap calon yang dipilih mewakili DAP pada ketika itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Juragan : Lu org ingat lagi ke..?? kisah 16 Sept. dimana Anuar kata ramai MP Bn nak melompat kepada PR..Maka gempak-gempitalah pimpinan dan barua-barua Umno memberikan amaran kepada MP-MP tersebut dengan sebutan..Petualang Negara...Tarik balik Warganaegara mereka...Masukkan dalam ISA..Tapi bila kena kepada PR...Kebebasan Berpersatuan lah..Kebebasan Berpartilah...Pandai la lu orang...Memang Haram Jadahhhh..

1 ulasan: