Ahad, 18 Julai 2010

Panass..Saya Bersumpah Dgn. Nama Allah dan Rasul,Malaysia Bukan Negara Sekular !!

Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asasl istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.

Dr Muhammad Uthman yang sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul menyatakan dengan
tegas bahawa sekularisme dalam erti barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam.

“Yang ada pada kita adalah konsep sayang kepada bangsa dan agama. Inilah yang Islam ajar. Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti yang lain.

“Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil “Intellectual And Spritual Barbarian“ (kebiadapan intelektual rohani) yang tidak boleh dimaafkan. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasa
r kebebasan mengeluarkan pendapat,“ katanya.

Kata beliau lagi, pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali.

“Pemisahan agama, adat dan Raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain.

“Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan ,” katanya.



Juragan : Malaysia Sebuah Negara Islam ke..?? atau sebuah Negara Pengeluar Kicap Al-Islam..?? Kuah3

4 ulasan:

  1. salam,

    aku rasa Dr ni dah mabuk ayaq sejuk kot??manalaj tahu telah dapat habuan RM...itu yg sanggup bersumpah cam saipol.....nasib baik tak bersumpah kilang arak tu halal sbb janakan ekonomi negara....

    BalasPadam
  2. Kalau pun begitu Turki pun bukan negara sekular...

    BalasPadam
  3. Bukan Negara Islam...Tapi Negara Kapal Selam tak Boleh nak menyelammmm..he3

    BalasPadam
  4. Ambik kau fatawa dari tar tujuh pasir mas.

    1981 kawan aku dah jagi gila babi,

    laki bini berhenti kerja dengan kerajaan kerana subhat konon,

    le ni dok jual roti dengan honda cup 70 merata kampong.

    siapa mahaguru dia?

    BalasPadam