Isnin, 19 Julai 2010

Siapa Mamat nii...Ada Hubungan Dengan Anak PM..??

( Taek Jho Low duduk paling kiri,pakai cermin mata hitam)

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

“Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Mama?,” soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.


Setelah akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan semalam seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.



5 ulasan:

  1. Aku pun ada hubungan dengan anak PM..tapi malang tak dapat apa pun..PM aku ialah P:Pengerusi M:Masjid.

    BalasPadam
  2. Apa nak heran..mungkin dia ni lah yang support anak PM kat luar negara untuk belanja sakan dan berfoya-foya..Lepas tu bila dah terhutang budi,maka projek pembangunan TUDM masuk poket dia.Beginilah kalau pemimpin tidak beriman kepada Allah...Hancur Negara!!

    BalasPadam
  3. Zaman 1bani israel ni macam-macam ada....bini dah boleh bercakap macam PM. Harta benda pakat faraid adik-beradik.

    Hancur negara ni....sementelah lagi pencacai nya pulak taraf lembu bodoh nya....bukan bodoh agaknya tetapi membodohkan otak sendiri kerana nak buncitkan perut masing-masing.

    BalasPadam
  4. Dah tradisi UMNONGOK memang macam tu.

    BalasPadam
  5. tak pe... yang kaya kan melayu... majoriti di malaysia ini orang melayu kaya raya... sebab melayu tolong melayu .... cina mana ada yang kaya sebab melayu tak tolong ... tak caya tanya mufti perak, genting highland, cameron higland, bukit tinggi, semua melayu punya ... kaum lain mana ada tanah serupa macam tu... huee jangan kata, melayu nanti ada orang marah. sebab mereka pejuang melayu.

    BalasPadam