Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan terhadap format mesyuarat itu perlu kerana anggota Exco mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas mengenai perkara tertentu.
Beliau berkata mesyuarat Exco mungkin dibahagikan kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota Exco.
"Mohamad Khusrin akan hanya dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia sebaik sahaja kami susun semula format proses membuat keputusan dalam majlis eksekutif.
"Kami berpendapat ada perkara-perkara yang kami perlu selesaikan, terutamanya membabitkan pelantikan pegawai-pegawai kanan, di mana anggota bukan ex-officio, iaitu Exco, mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas.
"Misalnya, kami berpendapat perkara berkaitan kenaikan pangkat orang hanya patut dibincangkan di kalangan anggota Exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.
Abdul Khalid berkata Mohamad Khusrin kemungkinan besar akan mengangkat sumpah minggu depan.
Ditanya sama ada cadangan memecahkan kepada dua bahagian mesyuarat Exco mungkin akan menjejaskan prestasi Mohamad Khusrin, Abdul Khalid menjawab: "Khusrin akan dapat menjalankan tugas dengan baik kerana beliau tidak akan menghadiri mesyuarat yang tidak perlu."
Juragan : Lu orang sendiri Pikir....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan