Rabu, 2 Mac 2011

Umno "Terkayu" Dengan Cina PP ini..??

Mulanya Kerajaan PP pimpinan seorang cina yang bernama Lim Guan Eng yang dianggap Umno sebagai komunis dan anti islam telah sanggup menanggung perbelanjaan pelajarnya yang akan balik ke mesir ditambah dengan wang saku RM500.

Kini...Kerajaan Haram BN di Perak pula terikut-ikut kerana takut telah menyatakan bahawa kerajaan Haram BN akan menanggung sepenuhnya kos tiket penerbangan 696 pelajar dari negeri itu yang bakal kembali Ke Mesir bagi menyambung pengajian selepas krisis politik negara berkenaan pulih.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata selain itu, setiap pelajar juga akan menerima sumbangan wang tunai RM500 bagi menampung perbelanjaan.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan RM1.5 juta bagi menampung kos penerbangan manakala wang tambahan RM500 seorang adalah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIMP).

"Kita komited untuk membantu pelajar-pelajar ini dan mahu mereka meneruskan pengajian dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya, di sini, Rabu.

Zambry turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap nasib anak negeri ketika keadaan genting di Mesir.

"Saya sendiri telah bercakap dengan duta kita di sana termasuk Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail yang berada di sana ketika berlaku rusuhan," katanya.

Kumpulan pertama pelajar itu akan berlepas ke Mesir pada 12 Mac ini bagi membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadual bermula 17 Mac.

Pelajar Malaysia yang berada di Mesir dibawa pulang selepas siri demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura sebelum Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

2 ulasan:

  1. YB LGE, teruskan usaha anda untuk menghentam UMNO/BN melalui pencerahan sosial yang anda jalankan.

    BalasPadam
  2. Untung ada negeri PR ni!!! kita pancing RM500, BN beta RM kos tambang + RM500.......

    BalasPadam