Rabu, 13 Julai 2011

Tengok nii..Betul ke Pak Din Maidin Yang Cakap..??

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.

“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu.

“Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

JuRaGan : Najib ada beraniii...Nik Aziz minta 5 minit sahaja bercakap di
TV,pukul berapa pun takpa..kalau pukul 3.00 pagi pun TG sanggup..Tiba-tiba
Pak Din Maidin mintak 30 minit..kuah3 jadi gila Khinzir la semua pimpinan
Umno..sebab bg mereka...Apaaaa Pun Tak Bolehhhhhh..!!2

5 ulasan:

  1. Boleh percaya ker dengan UMNO nie!...
    Hari ini cakap lain, esok cakap lain pulak.Dasar mulut bau longkang.
    Kalau pun depa bagi bercakap tetapi harus diingat, masa pemimpin PR buat ucapan, depa mesti bagi siaran tu tergendala sebentar. Bila habis bercakap baru depa pulihkan balik siaran tu. Pasal tu walaupun depa bagi free pemimpin PR bercakap secara live dalam radio atau tv aku tak harap sangat...

    BalasPadam
  2. lps ucapan depa kutuk pula manifesto pembangkang kata tak masuk akal la, pembangkang pula dah tak dpt pertahankan sbb peluang sekali sahaja. buat mcm mana pn depa akan ambik peluang menghentam org yg tak boleh melawan. pemimpin bn ni hanya berani bila mulut, kaki dan tangan pembangkang diikat. org yg tk de internet atau baca media dia sj, akan percaya pembangkang mmg lemah.

    BalasPadam
  3. dia cakap bila x jadi menteri ... betul laa tu.

    BalasPadam
  4. kakitangan kerajaan hanya sokong kerajaan semasa berkerja sahaja, lepas tu akulah kaki bangkang, kaki tak setuju itu ini, itupun sempat tak untuk undi takkala rumah kata pergi, kubur kata mari. kalau tak setuju katakan semasa kudrat masih kuat, semasa jawatan masih berkuasa, tak usahlah bersuara semasa nafas dihujung halkum.

    BalasPadam
  5. kakatangan kerajaan hanya menyokong kerajaan semasa berkerja sahaja. selepas itu akulah kaki bangkang, kaki tak setuju itu ini. entak sempat tidak untuk mengundi takkala rumah kata pergi kubur kata mari. bersuara dan bertindaklah semasa jawatan dan kudrat masih kuat janganlah semasa nyawa dihujung halkum.

    BalasPadam