Khamis, 18 Ogos 2011

Oii Braderr..Kalau Nak Bodek Pun Agak-agak la..

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat orang bekas anggotanya semalam. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang "mungkin telah dipergunakan sebagai alat." "Saya sudah periksa (dakwaan itu).

Sebab itu saya berani menyangkal. "(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan. Beliau sebaliknya menyalahkan pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kesilapan masing-masing. "Saya boleh ibaratkan sebagai (tindakan pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Tindakan untuk mencemuh sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.


JuRaGan : Kalau Nak bodek Boss pun agak-agak la bro..jangan sampai rakyat nampak
"Kedayusan" lu braderr..Anggota lu 4 orang tu ikhlas membongkar kejahatan Umno BN
yang selama ini dikulum dan disimpan oleh SPR sebagai Bapak Barua Umno dalam Malaysia.

PAS nak paksa orang..sory braderr..kita bukan ada polis barua mcm lu orang yang boleh paksa dan siksa orang lain supaya mengaku benda yang orang lain tak buat!!

1 ulasan:

  1. tentera Malaysia tak ada teluq, asyik jadi barua Ameno. Tuuiiiiii.

    BalasPadam