Rabu, 15 Februari 2012

Fuhh..Ini Baru Betul Otak Paling "Sekularrr" Menteri Umno..

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.(Gambar Sekadar Hiasan..)
“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar)

Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya.
Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.
Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah “mengarut”.
Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

JuRaGan : Para pengundi Mekayu Umnuuooooo,jangan susah hati beb..lu orang dapatlah sama ganjaran hasil kenyataan "Bangang" dan "Jahil" Menteri Sekularr Umno yang lu orang undi...

3 ulasan:

  1. mmg sah pemimpin umno rata2 mentafsir hukum ikut kepala otak yg bebal..bodoh dn membodohkan org2 lain..fikir2kanlah penyokong2 umno.

    BalasPadam
  2. Tak ada siapa pun penyokong Umno yang setuju dengan kenyataan Nazri tu..
    Menteri bangang !!

    mamposs ler kau hendaknya !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat blkg blh ler lu cakap camni rakab...mana ada ahli umngokkk yg berani tegur pemimpinnya....saling menjilat adaler....kenyataan nazri jelas menunjukkan sekularismenya umno dan penyokong serta pendokongyer....jgn lu nak hipokrit kat sini...tttuiiiihhh...

      Padam