Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3
pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk
Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum
berakhir.
Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima
pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh,
diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.
Sumber
memberitahu, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti
itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS
Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan
Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih
belum diputuskan.
Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin
berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri
Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri
Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.
Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.
Turut
hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta
dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu,
turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain,
termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan
dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama
dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa
Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.
Kemelut dalaman PAS Kedah yang
dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus
apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak
dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di
bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan
orang lain.
Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur
yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan
tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya
memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya
melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.
Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.
Difahamkan,
Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan
Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Aziz Nik Mat di Kelantan.
Phahrolrazi yang dihubungi semalam
berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS
Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Biarlah mereka
mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang
saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.
Mesyuarat
jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang
sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda
sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.
Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.
"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.
Beliau
yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan
sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan
diadakan di ibu negara hari ini.
Ini adalah kali kedua
Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian
dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak
pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.
Pada malam Khamis
lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam
tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan
kedua di sini.
Nampak gaya masalah Tak selesai kalau macam ni...Macam mana nak dok skali sebagai exco dan mb jika dah masing2 Tak puas hati.... Nampak gaya Pas Pusat gagal untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah walaupun Tak tau berapa kali dah mesyuarat termasuk Terpaksa berKampung di Kedah sampai 3 pagi... Tapi kalau aku jadi Presiden,aku rehatkan ke 3 3 orang yang buat masalah dan lantik orang lain dalam pentadbiran dan parti...
BalasPadamhang nie cilok berita dr berita harian ko????sudah2lah tgu jer la decision dr mereka2 yg terlibat..
BalasPadamTunggu punya tunggu,jangan sampai bungkus sudah la... Nak harap amno perintah teruk.. Harap dekat Pas dok lawan sesama sendiri...Nasib baik la amno kedah pun kalut kalau tidak khuyup la jawabnya....
Padamsaya cadang agar Phahrolrazi lompek ke UMNGOK jer ,, selesai cito,,,, jika nak jadi mcm Hasan Ali ok jugak hahhahahahahahha den donga Azizan telo dio dah kono picit kat manusia paling berpengaruh di malaysia ni,, hahahhahahahahah
BalasPadamJalan paling senang lantik exco baru dan sanggup terima padah padah PR13... Apa lagi nak diharap pada depa berdua tu .... buang saja....banyak lagi pemimpin ..
BalasPadamKan aku dah habaq, mesti GILA KUASA punya hal.
BalasPadamItu olang mau rampas jadi Ketua Perhubungan PAS Kedah dpd MB...ha..ha..ha
Itu olang mau suruh itu MB letak jawatan. ha.ha.ha.
Itu olang malu mau cakap, itu MB punya jawatan patut aku yang punya. ha..ha..ha..
Itu olang cakap kalau dia jadi MB, sapa2 esco talak suka sama dia akan di "kick-out" kan itu olong. ha..ha..ha..
Ini adalah bukti lemahnya kepimpinan pusat dlm menyelesaikan masalah ahlinya.. Tidak tegas.. Lambat bertindak.. Sama kes dgn hasan akidah.. Jgn marah jika rakyat hilang keyakinan.. Sgt menyedihkan dan memalukan..!!!!
BalasPadamini bukan bab kesalahan yang perlu kita halakan kepada pusat,kalau dulu puak2 erdogan salahkan Utz Nasa,skrg Mat Sabu Timbalan..pun lembab jugak,terpaksa pulak Naib Presiden yang pergi Kedah Seatle..apa barang..nak senang puak "Parasit dua ekor" ini digugurkan,ganti dengan exco baru,banyak lagi orang Pas boleh buat kerja lebih baik dan boleh bagi komitmen.
PadamWoi takdak orang lain ka boleh jadi exco,yang beria-ria melutut kat dua orang ini kenapa?Aku takut dua orang ini terpaksa jadi exco,esok mereka buat hal lagi,mamouihh la Pas Kedah
BalasPadamAku dengak cita mereka dua orang ini nak buat sidang akhbar..lagi kalut!!