Isnin, 5 Mac 2012

Fuhh..2 Exco Masih Tak Terima Keputusan..Hanya dengan Syarat Ini..

Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.

Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.

Sumber memberitahu, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.

Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.
Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

9 ulasan:

  1. Nampak gaya masalah Tak selesai kalau macam ni...Macam mana nak dok skali sebagai exco dan mb jika dah masing2 Tak puas hati.... Nampak gaya Pas Pusat gagal untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah walaupun Tak tau berapa kali dah mesyuarat termasuk Terpaksa berKampung di Kedah sampai 3 pagi... Tapi kalau aku jadi Presiden,aku rehatkan ke 3 3 orang yang buat masalah dan lantik orang lain dalam pentadbiran dan parti...

    BalasPadam
  2. hang nie cilok berita dr berita harian ko????sudah2lah tgu jer la decision dr mereka2 yg terlibat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu punya tunggu,jangan sampai bungkus sudah la... Nak harap amno perintah teruk.. Harap dekat Pas dok lawan sesama sendiri...Nasib baik la amno kedah pun kalut kalau tidak khuyup la jawabnya....

      Padam
  3. saya cadang agar Phahrolrazi lompek ke UMNGOK jer ,, selesai cito,,,, jika nak jadi mcm Hasan Ali ok jugak hahhahahahahahha den donga Azizan telo dio dah kono picit kat manusia paling berpengaruh di malaysia ni,, hahahhahahahahah

    BalasPadam
  4. Jalan paling senang lantik exco baru dan sanggup terima padah padah PR13... Apa lagi nak diharap pada depa berdua tu .... buang saja....banyak lagi pemimpin ..

    BalasPadam
  5. Kan aku dah habaq, mesti GILA KUASA punya hal.
    Itu olang mau rampas jadi Ketua Perhubungan PAS Kedah dpd MB...ha..ha..ha
    Itu olang mau suruh itu MB letak jawatan. ha.ha.ha.
    Itu olang malu mau cakap, itu MB punya jawatan patut aku yang punya. ha..ha..ha..
    Itu olang cakap kalau dia jadi MB, sapa2 esco talak suka sama dia akan di "kick-out" kan itu olong. ha..ha..ha..

    BalasPadam
  6. Ini adalah bukti lemahnya kepimpinan pusat dlm menyelesaikan masalah ahlinya.. Tidak tegas.. Lambat bertindak.. Sama kes dgn hasan akidah.. Jgn marah jika rakyat hilang keyakinan.. Sgt menyedihkan dan memalukan..!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bukan bab kesalahan yang perlu kita halakan kepada pusat,kalau dulu puak2 erdogan salahkan Utz Nasa,skrg Mat Sabu Timbalan..pun lembab jugak,terpaksa pulak Naib Presiden yang pergi Kedah Seatle..apa barang..nak senang puak "Parasit dua ekor" ini digugurkan,ganti dengan exco baru,banyak lagi orang Pas boleh buat kerja lebih baik dan boleh bagi komitmen.

      Padam
  7. Woi takdak orang lain ka boleh jadi exco,yang beria-ria melutut kat dua orang ini kenapa?Aku takut dua orang ini terpaksa jadi exco,esok mereka buat hal lagi,mamouihh la Pas Kedah

    Aku dengak cita mereka dua orang ini nak buat sidang akhbar..lagi kalut!!

    BalasPadam