Selasa, 24 April 2012

Inilah Kerja "Hilang Akai" Puak Umno..

Mungkinkah kerana umpan kebendaan yang ditabur gagal mendapat simpati rakyat, pihak tertentu mengkhianati pula poster, banner dan lambang PAS dan kerajaan negeri.(Gambar hiasan)

Sebanyak lima banner program Pentas Anak Muda dan Hi-Tea dijadual diadakan di sini petang esok yang dipasang sekitar bandar ini dikoyak dan dirosakkan.

Anggota jawatankuasa PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie berkata, selain itu bendera PAS dan poster ceramah dikhianati pihak terbabit.

“Perbuatan khianat itu kemungkinan dilakukan pihak tertentu malam tadi. Petugas PAS mengesan poster yang ditampal dan banner yang digantung dikhianati dan dibuang di merata tempat.

“Ini mungkin kes pertama yang berlaku lagi di Kelantan apabila ada pihak berani melakukan perbuatan khianat secara terang-terangan.

“Kita percaya perbuatan dilakukan skuad yang diupah, lebih-lebih lagi mereka begitu takut dengan kehadiran aktivitis mahasiswa Adam Adli pada program Hi-Tea yang akan diadakan petang esok,” katanya di sini.

Turut menjadi mangsa khianat kumpulan terbabit banner program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri yang akan diadakan di padang Maahad Saniah malam esok.

Program tersebut akan menampil anak-anak muda iaitu Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail dan tokoh ulama muda Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary serta anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Abdul Shakur berkata, PAS kawasan Pasir Puteh telah membuat laporan polis terhadap perbuatan khianat tersebut petang tadi.

“Kami berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kerana perbuatan terbabit boleh mencacatkan demokrasi, lebih-lebih lagi kehangatan menjelang pilihan raya sekarang,” ujarnya.

3 ulasan:

  1. HARI TU DAH MAMPUS SEKOR ORANG UMNO-APCO-BN PASAL BENDERA NI LAGI DEPA BUAT HAL ! PASAL APA AKHBAR PENGAMPU & MEDIA PERDANA TIDAK KELUAR YANG TERKORBAN TU AHLI UMNO ?

    BalasPadam
  2. Ameno dulu pejuang....Ameno sekarang belukang

    BalasPadam
  3. apa saja yg jahat buruk bobrok hina lucah jenayah kotor jengkil meluat sampah tahi najis...............ADALAH DARI UMNO.

    senangkan nak kenal umno ni.

    BalasPadam