Isnin, 14 Mei 2012

Mufti Lapuk - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesaMufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik terutama jika mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu.

Sambil menempelak dan menyifatkan Harussani sebagai seorang yang memiliki pandangan lapuk, Nik Abdul Aziz menasihatkan agar mufti berkenaan berfikiran rasional berlandaskan kebenaran.

"Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik kalau (berpandangan) begitu serong terhadap PAS.

"Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
"Ini kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang (untuk) Islam. Nampak sangat mufti itu tak baca sejarah," katanya yang dipetik menerusi akaunfacebook pada Isnin.

Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Berita Harian berhubung kenyataan Harussani yang mendakwa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakanagama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalamnama parti.

3 ulasan:

  1. terompah kayu lapuk,
    Harunsani ni belajar ilmu agama dimana, kelayakan apa untuk dilantik sebagai mufti?.
    Dari dulu lagi UMNO pertahankan beliau, semata-mata untuk digunakan demi kepentingan UMNO.
    Sebagai balasan, beliau memperolehi gaji dan upah dari UMNO.
    Suatu hari nanti UMNO akan buang beliau ke dalam tong sampah, bila beliau tidak lagi mendatangkan manfaat kepada UMNO.

    BalasPadam
  2. SETUJUUUUUU....Gugurkan perkataan Islam dari parti Pas !

    Nenek Aziz ni tak faham ke..atau memang dah nyanyuk ??

    Mufti bukan mempertikaikan sejarah Pas, tapi mengatakan perjuangan Pas sekarang dah menyeleweng dari yang asal !!

    Kenapa pulak nenek Aziz tak bagi mufti campur hal politik ??
    Nampaknya beliau cuba menutup mulut ulamak yang tak sependapat dengannya..

    Nenek Azizlah sebenar-benarnya ular dalam semak !!

    BalasPadam