Rabu, 13 Jun 2012

Inilah Nasihat Paling "Bodoh" Ulamak Umnuuooo,,,

Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.

Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.

Sebaliknya beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Kalau sekadar nak beri nasihat, tidak perlulah melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. PAS sangat dukacita dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau menasihati Mashitah agar lebih konsisten dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya melibatkan soal agama.

"Mashitah sepatutnya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.

"Atau mungkin dalam hati kecil beliau sendiri mengakui tuntutan Bersih tapi tak boleh nyatakan pendirian sebab berada dalam Umno," katanya.

Nik Zawawi juga berkata, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyebut secara khusus berhubung himpunan Bersih 3.0, namun kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Bersih 3.0 diadakan.

"Walaupun kenyataan itu umum, tak sebut Bersih, tapi dalam waktu dan suasana ketika itu, nampak ia dituju kepada Bersih.

"Sepatutnya sebelum fatwa dikeluarkan, kena jelaskan punca fatwa dikeluarkan. Kena jelaskan bila demonstrasi jadi haram, bila harus, bila jadi wajib," tegasnya.

Tambah beliau lagi, kenyataan majlis fatwa itu seolah-olah sebagai cara untuk Umno melepaskan diri.

"Majlis fatwa keluarkan kenyataan mengenai demonstarasi jalanan ketika itu mesti ada kepentingan politik.

"Seolah-olah diperalat Umno supaya mereka boleh lepaskan diri," katanya

5 ulasan:

  1. Kesian betul menteri2 UMNO ni. Kerja diaorang sekarang cuma sebagai damage controller.Kalau setakat nak bagi nasehat, mak bapak kami pun lagi pandai, tak payah sekolah tinggi2 sampai ke Azhar.Apa dah jadi lah dengan UMNO ni.Nasib baik aku cepat2 keluar, kalau tidak aku pun mungkin jadi macam diaorang juga. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Lebih baik majlis fatwa memikirkan andaian ini, jika Mahathir didatangi Izrail satu hari nanti dan jasadnya tak diterima bumi, dia akan dikebumikan ikut kaedah yang mana?

    BalasPadam
  3. duduk situ semua kena ikat hidung

    BalasPadam