Ahad, 10 Jun 2012

Muka-muka MP BN Sabah Yang Sertai PR..

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno-APCO, Lajim Ukin (gambar atas).

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan sepatutnya dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki laluan pesawat yang dialih ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat selain Sarawak yang menawarkan 31 kerusi lagi dari kepulauan Borneo dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Sebelum tsunami 2008, Umno-APCO memandang sepi kedua-dua negeri 'deposit tetap' BN itu tetapi hasil penerangan dan penjelasan yang diberikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk isu pendatang tanpa izin, royalti minyak dan tuntutan 20 perkara semasa Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, rakyat negeri ini semakin menerima Pakatan Rakyat dengan tangan terbuka.

Tentunya beberapa pemimpin BN lain dijangka akan menyertai Wilfred dan Lajim terutamanya yang bakal ditolak kroni Musa tetapi disokong Naib Presiden Umno-APCO yang terpalit dengan skandal, Shafie Apdal.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini

21 ulasan:

  1. pembetulan untuk admin..Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia tetapi bersama untuk menubuhkan persekutuan Malaysia. Ingat ya persekutuan Malaysia belum wujud pada masa itu maka itu istilah menyertai atau masuk adalah tidak tepat seperti mana yang diperkatakan selama ini. dan harus juga diingatkan Sabah tidak merdeka melalui Malaysia tetapi Sabah merdeka oleh British pada 31 ogos 1963 sebelum bersama Malaya/Tanah Melayu,Singapura dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Sejarah kemerdekaan Sabah langsung tidak tertulis dalam buku teks seperti mana faktanya.

    BalasPadam
  2. dasar sabah sabahan masih menebal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasar Sabah Sabahan masih menebal...

      Ya itu sudah pasti !! kalau tak Sabahan nak harapkan siapa lagi ?? Lihatlah Sabah sekarang sudah penuh dengan PTI. dan ada yang dapat ic boleh kerja kat semenanjung pula. dan paling sadis mereka ini terlibat banyak jenayah yang memalukan rakyat Sabah sedangkan mereka bukan Sabahan yang sebenarnya.

      Padam
  3. "dasar sabah sabahan masih menebal.."

    mmg...sebab terlalu byk ketidakadilan yg berlaku terang2an berpihak kpd tnh melayu.Cthnya hrga brg:di Sabah jauh lbih mahal brbanding smnanjung,pelbagai jnis elaun pnjawat awam/swasta jauh lebih murah d sabah berbanding di sana..kemunduran pmbangunan d sbh terutama d kwsn pdlman amat ketara.dan byk lagi..smua ini amat tidak adil dn tidak spatutnya terjadi...apapun ini pastinya salah sendiri bbrapa pemimpin sabah terdahulu...realize this...We Sabahan spatutnya sebuah negara merdka sptr Brunei dn Singapore..peace

    BalasPadam
  4. kalau berada dalam malaysia pun masih mundur. apa kalau keluar boleh maju seperti singapura dan brunei. tengok saja negara asia lain,mundur dan terkebelakang dr negara asian lain...yg kaya bukan rakyat tp pemimpin . jd berhati-hati kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hei kawan..Tanpa Sabah dan Sarawak korang ingat semenanjung boleh maju ke seperti hari ini ??? Sabah Sarawak lah yang paling banyak menyumbang untuk kemajuan sana. mcm mana tidak mundur kalau dasar kerajaan persekutuan sendiri tidak adil untuk Sabah dan Sarawak?? kalaulah Sabah sebuah negara sudah pastilah Sabah akan lebih maju.ini kerana Sabah sendiri kaya dengan sumber aslinya dan juga mampu menjadi pengeluar minyak kelapa sawit yang besar didunia. Jadi berhati-hati kawan dengan kenyataan kamu !!

      Padam
    2. Saya bersetuju dengan pendapat anda, walaupun saya orang Semenanjung. Kerajaan Persekutuan telah menyebabkan Sabah dan Sarawak kerugian tidak dapat menajukan negeri sendiri. Ditambah pula bila ada pemimpin negeri yang hanya menjaga kepentingan perut keluarga mereka sahaja. Ketua Menteri Sarawak memerintah terlalu lama sehingga menyebabkan dia jadi terlalu kuat berkuasa ......... habis khazanah negeri jadi hak dia....

      Padam
  5. aku tak puas hati mengapa rakyat semenanjung kena buat permit kerja dan pasport bila mau kesabah dan serawak. sedangkan rakyat kedua-dua negeri tersebut bebas keluar masuk semenanjung. dasar bodoh apa ini. mana dia 1 malaysia.

    BalasPadam
  6. Itulah fakta yang harus diingat !! Ini bukan cakap pasal Sabahan tetapi kami menuntut hak kami sebagai anak Sabah yang terpinggir selama ini. Ingat ya Sabah sebenarnya kaya dengan sumber aslinya tetapi lihatlah sekarang apa yang terjadi ?? dari sebuah negara yang kaya Sabah menjadi sebuah negeri termiskin di Malaysia. Macam mana Sabah boleh maju kalau peruntukan yang kerajaan pusat salurkan selama ini sangat kecil sedangkan Sabah begitu besar berbanding perlis yang keluasannya hanya seluas keningau boleh menerima peruntukan yang lebih besar dari Sabah. Dan begitu juga negeri2 lain di semenanjung. Melaka yang tidak punya sumber minyak pula di bangun gas asli. Apa yang 1Malaysia kalau Sabah sendiri tidak setaraf dengan semenanjung ?? dengan perbedaan harga barangan yang begitu tinggi di Sabah dan harga getah serta kelapa sawit juga begitu rendah berbanding semenanjung dengan alasan kualiti getah Sabah kurang tetapi bagaimana dengan kelapa sawit ?? sedangkan kelapa sawit Sabah lebih berkualiti tetapi masih juga rendah harganya berbanding disemenanjung. Mengapa rakyat semenanjung kena buat permit kerja dan pasport bila masuk ke Sabah ?? Ini bukan satu dasar yang bodoh tetapi inilah apa yang telah dipersetujui sewaktu Sabah bersama untuk membentuk persekutuan Malaysia. ingat ya Sabah adalah sebuah negara yang merdeka dan Sabah juga ada perlembagaannya sendiri pada masa itu dan atas dasar berjaga-jaga Sabah kena membuat ini sebagai menghormati dan melindungi hak rakyat Sabah sendiri seperti mana yang tertulis dalam perkara 3 dalam 20perkara. Dan lagi satu kalau benar 1Malaysia, bumiputera Sabah dan Sarawak seharusnya setaraf dengan orang Melayu semenanjung tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya dengan dasar ketuanan Melayu. Para pemimpin tidak perlu bercakap tentang apa yang mereka buat bila turun padang untuk berkempen tetapi rakyatlah yang harus memberitahu mereka apa yang mereka perlu buat.

    BalasPadam
  7. kita bercakap untuk mencari sape menang @ kalah tapi sekadar berkongsi,yang tak tahu boleh jadi tahu.kita masing2 akan di beri pen,jadi gunakan sebaik yang mungkin untuk membuat keputusan agar...

    BalasPadam
  8. kalau tak mau di anak tiri kan kita ubah aja...adakah sabahan atau sarawakian pernah ke kelantan? lihat bagaimana anak tiri malaysia berdikari. tentang harga barangan memang lah mahal dari semenanjung sebab kebanyakan pengimpot utama berada di singapore atau pelabuhan kelang. kenapa terjadi begini? sebab banyak birokrasi dikalangan pemimpin. mereka ini hanya pentingkan kekayaan sendiri. lihat apa yang terjadi kepada Yayasan Sabah Shipping hari ini, dulu aku dengki dengan kemajuan Yayasan Sabah sebab di semnajung tidak ada yayasan yang aktif seperti Yayasan Sabah. kenapa Yayasan Sabah shipping lingkup? aku tak tau jawapan nya.kemungkinan salah pengurusan dan rasuah. jadi kepada sabahan dan sarawakian kita sama sama ubah kalau mau mengubah kehidupan. kita lihat adakah janji PR betul atau tidak.

    BalasPadam
  9. wahduh ramai sudah pandai berpolitik, ramai yang sayang negerinya, syabas den.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ubah.... tukar BN kpd PR.. test la janji PR dlm buku jingga dan janji 100 hari PR....

      Padam
  10. M'sia ada 4 negara..
    Keluar singapore tingal 3 negara.
    Keluar sabah tingal 2 negara.
    Keluar s'wak..tingal lah malaya dan umno nya.

    BalasPadam
  11. ya.. saya dah rujuk buku jingga dan janji 100 hr PR... sokonng 100%... kawan2 yg mau rujuk silah ke keadilandaily atau blog al husseyn atau lain-lain... kita ndak mau lg d kasi bodoh oleh BN.... ini lah cara kita... mau keluar malaysia , tak boleh,,,, jd tukar,ubah.. no BN... ini kalilah kita ubah...

    BalasPadam
  12. Orang Sabah kena berubah,,,,,Jangan terlalu pecaya pemimpin kamu khasnya dari parti UMNO...mereka semuanya penyamun tarbus,,,,Jangan takut berubah undi Pakatan Rakyat Asal Bukan UMNO....Adakah kamu rugi kalau PR menang,? Atau adakah kamu untung kalau BN menang? Hidup kamu macam itu juga kerana makan pakai kamu sendiri cari bukan BN UMNO....Pilih PR untuk pemerentahan lebih baik dan telus....

    BalasPadam
  13. orang Sabah lama sudah berubah ler.. cuma tggu masa saja sekarang ni.. isu katak lompat pun cuma tunggu masa saja.. kadazandusun yang majoriti di Sabah terpinggir kerana umno.. segala projek2 hanya tempat orang umno saja.. kami akan pastikan umno terkubur terus di Sabah.. akan banyak lagi kejutan.. tunggu dan lihat !!

    BalasPadam
  14. Bila tak dicalonkan semula, mulakah buat perangai nak lompat parti. Setelah bertahun-tahun menjawat kerusi adun dan MP, tibalah giliran orang lain pulak..golongan muda umpamanya diberikan peluang.

    Kesian pakatam , dapat ahli baru pun cuma yang dah hanpir luput tarikh !!!
    pejuang tembolok sendiri, memang sesuai dengan pakatam !!!

    BalasPadam
  15. wakaka...kesian apernya ?? untuk pengetahuan saudara rakab calon2 yg dimaksudkan itu adalah calon2 bn yg boleh menang. kelantangan mereka tentang isu2 rakyat,isu2 pti di Sabah yang sering mereka bangkitkan dalam dewan dan terkadang mereka sendiri mendapat tohmahan oleh MP2 bn yg menganggap isu mereka bawa sudah lapuk tetapi hakikatnya itulah yng menghantui Sabah. Kami sangat bangga dengan pemimpin seperti ini yang mementingkan kuasa atau duit. Kalau mereka keluar sekalipun mereka akan tetap menang dengan sokongan rakyat di kawasan masing2. letaklah calon bn yg hebat manapun untuk melawan mereka masa pru nnti pasti akan tetap kalah !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tidak mementingkan kuasa dan duit** pembetulan ayat atas

      Padam
  16. Kenanapa Tunku membawa Sabah dan Sarawak Menyertai Malaysia? 1. Ekonomi Tanah Melayu Tak mengembang sejak merdeka 1957. 2. Mengimbangi kuasa Cina yang kuat pada ketika itu. 3. Ladang-ladang, lombong2 masing dimiliki orang asing. 4. Tanah Melayu Hampir Lumpuh akibat kemusnahan oleh Inggeris semasa berundur dalam peperangan dengan Jepun.
    Kesimpulan. Sabah Sarawak diperlukan untuk membangunkan Tanah Melayu. Akhirnya Sabah yang MIskin.

    BalasPadam