Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh
bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur
Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan,
bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan,
rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada
pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu
bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini
kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang,
memenangkan mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk,
Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan
sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam
usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara republik.
Beliau berkata, kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang
berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus
memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU13.
Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi Pas
yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.
"... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir
2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang
(nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul
Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya.
Wahai Hassan PARASIT
BalasPadamApakah komen kamu pada PM M'sia yg lepas tentang "Muslim dibenarkan memilih agama jika mereka mahu"
Jawap PARASIT.....Jawap!!!!!
SETUJU!!
PadamIklan Jawatan Kosong Terkini KLIK SINI
JATI = Jual Agama Tipu Islam...kesian pd mangkuk yg tengah meroyan..
BalasPadamCakap dia ni tak boleh pakai langsung..!
BalasPadamHasan Tempe Lepee ni banggang. Ada PHD tapi otak letak dekat teloq. PHD beli kot???? Kalau lambang JATI pun lambang setan, camna nak percaya si banggang ni!!!
BalasPadamJalur Tiga ni kan ke maknanya "TIGA LINE" moto rahsia puak-puak PUKIda tu.....
BalasPadam