Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25
tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan
terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.
"Dosa apa yang
saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya
tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.(Gambar sekadar Hiasan)
"Tetapi
maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai
perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS
Pusat.
Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas
sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup
menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.
"Saya
berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru
dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang
berdosa seperti saya," katanya.
Cabar Majlis Fatwa
Pada
masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa
mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang
menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.
"Saya nak
cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian
menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan
gaji mereka.
"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.
"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"
"Ya
gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya
balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.
Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.
Ditambah
pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti
Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan
sebagai pengundi.
Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.
"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.
ini kena jaga ustaz ghazali bapak lolok pernah kena .saya dah insaf nah gari nah pistol saya bawa ustaz cukup 6 bulan bagi balek gari bagi balek pistol ustaz masuk kedalam.wallahualm
BalasPadamApa pun hidayah datang dari ALLAH pada hamba yang dia kehendaki...Allah akan melindungi orang yag berada pada landasan yang betul di sisi agama Islam
PadamIklan Jawatan Kosong Terkini KLIK SINI
Mana boleh minta maaf tapi tak beri keperincian kesalahan dia. Kalau macam tu senanglah... kena nyatakan apa kesalahan yang kau dah buat, kemudian terpulanglah sama ada orang boleh maafkan atau tak.
BalasPadamBayangkan Najib mai satu hari dalam tv, cakap saya minta maaf pada rakyat Malaysia tanpa beritahu apa yang dia buat. Bayang Rosmah pun 'Kepada rakyat Malaysia.... saya minta maaf'... minta maaf pasal apa? Guna air sampai berjuta setahun ke? Cincin diamond ke? Tidur di bilik harga 100k semalam ka? Atau dia minta maaf sebab tak mengaku kentut di khalayak ramai.
So kena spesifik la baru orang boleh nak maafkan atau tidak.
kau orang percayakah?
BalasPadamaku .....
selalunya macam tu lah bila dah tua suka dekat agama masa muda jauh dari agama
BalasPadamkira oklah ni ada dah tua pun jauh dari agama