Selasa, 2 April 2013

Parlimen Baling..Adik Calon PAS..Abangnya "Piau" Umno..

Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (kiri) menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh, diiringi gelak ketawa hadirin.
Najmi adalah bekas pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) berkelulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar. Beliau menyertai ATM pada 1979 dan bersara pada 2006 selepas berkhidmat selama 28 tahun.

1 ulasan: