Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia
berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah
Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik
sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward
beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas
calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus
bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan
parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia
merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan
kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat
keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada
kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar
dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat
keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama
PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk
memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang
tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata
hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak
suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat
agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah
keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya,
itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama
mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU,
saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di
kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya
Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi
kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC
jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya
yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin
laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak,
tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar.
Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau
bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok
sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku
jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa.
Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan
terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah,
tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS
yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena,
apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq
dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan
aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di
negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia
menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik (
munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah.
Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian
mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas
jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas
muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00
petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang
bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan
meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5
tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara,
pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz
Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih
sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari
bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz
elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau
Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya
Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5
petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia
berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih
bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz
Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan
dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia
menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya
tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan
bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain.
"Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit
Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis
yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke
sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan
daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak
pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap
dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya
menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk
kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak
membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana
takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan
Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir
Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu
jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah
(saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar
bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak.
Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh
dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu
dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg
can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar
dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh
kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya
sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya
membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal
mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa
kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba
bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang
menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu
bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa
Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok".
Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang.
Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam
perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi
saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon
tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali,
betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan
yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la
ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia
reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas
mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril
Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat
Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya
dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu
dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu
dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah
melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar
biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus
berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar
dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan
kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz
Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah
Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke
seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam
1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan
yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi
sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke
surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa
ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu
ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan
isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia
mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir
habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan
beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan
qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah
tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih
ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk
ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu.
Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada.
Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek,
bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz
Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada
jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk
menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan.
Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain
kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya
update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan
berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa
tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki
pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak
perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau
dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat
saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli
pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang
wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya
terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya
menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya.
" Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?"
Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih
dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya.
Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat
dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu
peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya
itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh
'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari
rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya
beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa
beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad
saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur.
Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya
ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan
saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi
sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya
pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri
saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar,
anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan
pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!
" Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba."
BalasPadamIni yang dia minta?
Kenapa tak minta supaya Mukhriz menjaga rakyat dan merujuk Al-Quran dan Sunnah?
Terus terang aku sebagai orang Kedah memang lihat Ustaz Azizan memang antara punca Kedah tumbang... menumpu projek mega KUIN dan Agrofarm... sedangkan perkara itu boleh dilakukan secara pelahan-lahan.
Ambil hati rakyat Kedah dengan wang dari balak untuk pembangunan sosial... hutang Kedah boleh ditangguhkan dan dibayar pada tahap minima.
Malah orang-orang disampingnya banyak meruntuh dari membantu PAS untuk kekal memerintah di Kedah. Ingat kami di bawah melihat.
Model kerajaan yang telah 20 tahun membangun tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan tidak mahu dirujuk. Yang diikut kepala hotak dia yang keras dan angkuh. Akhirnya inilah jadinya... suruh dia berundur secara terhormat tak mahu malah buat leceh pada yang menasihat... akhirnya Allah sendiri menghentikan kamu. Jadi muhasabahlah atas apa yang engkau lakukan.
Sepanjang 5 tahun memerintah, apa sumbangan dia pada Islam?
- Ada dia membantu juruwang-juruwang di pasaraya yang terpaksa berurusan dengan arak?
- Ada dia cuba memanggil ketua-ketua agama lain untuk membincang bagaimana untuk mengawal arak, judi dan pusat-pusat hiburan.
- Adakah kemaksiatan dikawal di Kedah semasa PAS memerintah?
Suatu ketika dahulu ketika PAS tiada kuasa macam-macam dikatakan mampu dibuat untuk Islam jika diberi kuasa. Allah menguji diberi masa 5 tahun dengan kemenangan yang tidak disangka-sangka... namun nampaknya Allah tidak redha dengan apa yang dibuat PAS Kedah... jadi wajar warga PAS muhasabah diri dan kembali membetulkan apa yang rosak di dalam PAS sendiri.
Semoga Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru dapat merapatkan kembali saf-saf di peringkat kawasan yang hancur lebur disebabkan oleh orang itu.
Penulis ini sebenarnya orang yang tidak ada langsung bijaksananya. Sebab itu kalau rasa diri tau sikit-sikit, lebih baik diam ( pesan nabi ) kerana dengan diam itu taklah nampak sangat kejahilan kita. Bagi saya, orang seumpama hanya hanya melihat politik itu sebagai kuasa bukannya dakwah. Semoga Allah memaafkan kita bersama atas apa yang kita lakukan. Sama-sama kita muhasabah.
Padambaru 5 tahun memerintah dah nak suruh buat mcm2.yg perintah 50 tahun tak di nasihat pulak,tempat sembelih babi di pindah kan pun bukan nk bantu meredakan keadaan,tambah hasut lagi ada org mcm ni.org ni komen bukan bersandarkan islam ni.ni berdasarkan kerana bn kalah 2008 ni(membara dlm hati)SAYA DAH JUMPA BANYAK SPESIES NI DI KEDAH>
Padamdah ada kuasa tak mau nak cuba buat yang terbaik untuk Islam itulah satu kesilapan
BalasPadamCakap ulamak tak sama dengan pemimpin sekular,kalau ikutkan TG Nik Aziz kalau bercakap tak pernah sebut ekonomi dan memperkasakan Rakyat,asyik cakap pasal agama saja,tapi masih bertahan sehingga 23 tahun,sebab rakyat kelantan cerdik,bukan macam rakyat Kedah lebih sukakan kepada kebendaan dan pemimpin yang ada saham arak.
BalasPadamsaham arak??? saudara jangan buat fitnah... buruk padahnya... mirzan memegang jawatan di syarikat yang dulunya jual arak, tetapi nak menceburi bidang tenaga dan utiliti... rujuk ESSO k... jangan bercakap guna lutut... akal ada guna untuk cari maklumat... kalau malas baik jadi BINATANG...
Padamabis skang ni dah tak jual dah kut ALHAMDULILLAH.saya org kedah tapi saya benci org bertuhan kebendaan ni.tunggulah akhirat esok tangan yg mengundi selain dari niat dihati memertabatkan islam.jgn lepas ni naik cukai dan lain2 lagi yg telah diturunkan ustaz azizan.TERIMA KASIH USTAZ AZIZAN.
PadamAku doa sungguh-sungguh semoga ustaz azizan cepat sembuh ...
BalasPadamAmin yaa Rabb
salam saya penyokong pas bukan ahli,sesungguhnya org baik2 mcm ustaz azizan dan tgha tak layak perintah mana2 negeri,(adil) yg rakyatnya kurang ke arah agama,bertuhankan wang(brim).undi berdasarkan kebendaan semata2.saya di bawah ni bertegang urat dgn bn totok,kebaikan ustaz azizan 1. tak membuang kakitangan awam pro bn,2turun cukai tanah.3.cuba naikkan kuota perumahan untuk bumi 4.dan lain2 tak pernah ucap terima kasih sementelah untuk di war2kan.tambahan mkk langsung tak berfungsi.lepas pru tak nampak batang hidung.nanti pru pulak baru nk nampak muka tiada sinambungan gerak kerja hanya harap MB saja org baik.TERIMA KASIH USTAZ AZIZAN JASAMU AKAN KAMI KENANG.tapi saya tetap dgn pendirian saya lbih baik ustaz(yg adil) tidak kekal perintah kedah biar org krg baik perintah itu memang kemahuan stengah rakyat kedah.jawaplah diakhirat nanti tgn yg mengundi apa.SAYA AKAN DIDK ANAK SAYA YG 6ORG NI MENGUNDI KERANA ALLAH BUKAN KERANA BRIM(WANG DAN KEBENDAAN DUNIA) DAN MENGINGATINYA KITA PERNAH ADA MB(USTAZ AZIZAN) YG ADIL NAMUN KERANA ADIL TU JUGAK MEMBAWA KEKALAHANNYA JUGA.MOGA ALLAH JUA MEMBALASNYA..selagi tak merugikan ISLAM.TAKBIR. .
BalasPadamTeruk sungguh akai2 penganut2 PAS. BR1M itu rezeki dr Allah, bukan suruh sembah manusia yg bagi tu. Awta bodoh jahil murokab taksub tera tu. Hangpa org PAS nk ckp pasai Islam, selama ni perangai hangpa Mukmin kah? hangpa pilih Islam tang bab yg nafsu hangpa suka. Itu yg Allah SWT nk tunjuk, PAS itulah perosak agama. Luar mcm Islam..isi dlm BUSUK.. MUNAFIK sj.. bercakap mcm ulama' tp bila kena uji jd kufur.
BalasPadamApa yg Nik Aziz buat untk Kelantan yg hangpa bangga sgt konon ckp pasai Islam? Akhlak buruk mulaut jahat mcm Nik Aziz tu hangpa bangga sgt ka? Hangpa sndiri tk kenai Allah, tk kenai Rasulullah, hangpa lahir dlm kesesetan PAS, nah Allah bg hangpa dpt Kedah, Ust Azizan tu bkan org UMNO, Pesuruhjaya PAS Kedah tu, sama2 dgn Almarhum Ust Fadzil Noor. Jadi apa maksud semua ni? Allah nk suruh hanga sedaq diri hangpa ni puak2 yg jauh dr Islam.. hangpa letak politik itu sbg matlamat.. bukan alat.. sbb tu hanga bermusuh dgn UMNO mcm bermusuh dgn syaitan.. hangpa lihat kebaikan uMNO tu mcm lihat neraka.. sedangkan tarbiyyah Islam dlm jiwa hngpa kosong.. cuma bendera bulan sja yg penuh dlm jiwa hangpa..aku doa biaq PAS lenyap dr muka bumi Allah ni.. digantikan dgn golongan Muqarrabin dan Muttaqin yg bersifat MURABBITUN pd rakyat dn pimpinan!
Sepatutnya pakat2 doa dan jgn ungkit dh kisah2 pasai Ust Azizan..dia tgh sakit.. hangpa kalau mak pak hangpa org PAS kutuk tgh sakit.. hangpa mengamuk mcm anjing gila kot.. Org UMNO usaha buat majlis di Masjid Zahir utk doakan Ust Azizan sihat, tp hangpa duk kutuk maki dia.. ini akhlak apa? akhlak setan.. org2 mcm ni ka nk ckp pasai Islam? suluh diri dlu la.. Allah tgk hati tu.. klu hati duk membusuk.. amalan jd mcm api dlm sekam laa!
Selama 5 tahun Ustaz Zizan bela UMNO, sebab tulah hangpa sanggup buat solat hajat doa selamat untuk dia. Cuba dikatam hangpa sungguh-sungguh maunya jadi macam TGNA dan TGHA.... macam-macam gelaran dan cacian.
PadamKpd pendokong pas di atas jgn ckp ikut nafsu.sbgai pendokong pas anda sepatutnya membantu pemimpim kedah.bukannya maki hamun.ingat wala' pada pimpinan...jgn memaki hamun seolah2 anda tiada agama..kpd tanpa nama di atas..Pelembagaan Pas berjuang menegakkan agama Allah.Pas meletakkan Majlis Syura Ulamak tmpt yg plg tg dlm parti.Saudara tanpa nama kena ingat Ulamak pewaris nabi.org yg mengutuk ulamak seperti menghina Allah n Rasullah. Jgn jd org yg disebut dlm Al Quran ramai umat akhir zaman yg menghina ulamak n mengagungkn pemimpim fasik..bertaubatla sbkm Allah menjmpt anda ke rahmatullah..
BalasPadamyg atas bukan pendokong pas ni pencacai sana.komen bercampur antara yg benar dan yg bathil nak pakai yg mana satu tak tau.bawak2 mengucaplah,maki hamun,caci maki tiba2 nk solat hajat org yg dikatakan sesat,tak malu nk kawan pulak dgn org yg dikata sesat.cukuplah
PadamSorry... ustaz zizan tak nampak tokoh macam ulama.
Padambetul aih cakap hampa tgna tak pernah ada ja
BalasPadamsa,rasuah tak pernah kedarah,elaun pun tak tibai sorang,kuliah pun tak penah tinggal,mcm ni ka pemimpin.bab brim pulak jgn suatu hari terlebih pandai kata hasil judi pun kata rezki dari allah.tentang ustaz azizan yg dok pelaga tu setan besar.aku pun kdg2 teringat kat mahathir......lebih baik setan yg dikenali........tapi kalau sampai dlm hati hampa buleh tau kira hampa hebat la
http://my.news.yahoo.com/kekalahan-di-kedah-melegakan-buat-azizan-razak-061442145.html
BalasPadamjgn cuba menyalah tafsir ayat diatas.
Padam