Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia menyokong penuh
tindakan tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) terhadap pihak yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini.
Ketua
Pengarahnya Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan tegas
mengikut undang-undang perlu diambil untuk mengelakkan keharmonian
Negara daripada terjejas.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak yang
tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan
mengheret generasi muda mengadakan demontrasi jalanan bertujuan
menjatuhkan kerajaan.
“Golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar
undang-undang dengan lantang mempertikai keputusan pilihan raya. Kalau
tidak puas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mengemukakan bantahan
melalui saluran yang betul, bukan dengan berdemonstrasi,” katanya.
Zulkiflee ditemui pemberita pada mesyuarat agung tahunan Persatuan
Bekas Tentera Daerah Muar di Dewan Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini
yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani
Negeri Johor Ismail Mohamad.
Beliau turut meminta veteran ATM di seluruh negara supaya menasihati
anak masing-masing supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang
melanggar undang-undang.
“Kita mahu anak-anak muda menghormati keluhuran undang-undang supaya
usaha membangun negara dan pencapaian matlamat negara maju berpendapatan
tinggi menjelang 2020 yang tidak berapa lama lagi akan dapat
diteruskan,” katanya.
Beliau juga tidak mahu melihat segala pengorbanan pasukan keselamatan
yang sanggup bergadai nyawa semasa berhadapan dengan pengganas komunis
dahulu menjadi sia-sia lantaran untuk memuaskan hati pemimpin tertentu.
JuRaGan : Komunis zalimi rakyat selama 10 tahun...Tapi kerajaan BN zalimi rakyat 56 tahun siapa lebih power kezalimannya tuan..????
Walau pun saya bekas pegawai tentera tetapi saya mahu anak saya terus memperjuangkan hak rakyat tanpa takut kepada ugutan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan pimpinan semasa dewasa ini. Lihat pada Adam Adli yang saya turut bangga dengan anak muda ini.
BalasPadamsaya seorg bekas jurulatih di dalam tentera mengalak kan anak anak sya menentang penipuan yg di buek oleh pemimpin BN Umngok !!.... Dato Zul tak perlu menjadi macai lagi ,, pangkat lu dah KP !!! jgn tunjuk kan kebodohan anda sebagai pegawai tertinggi tentera !!!
BalasPadamMej Jen Zulkiflee Mazlan ni tak layak untuk mengeluarkan kenyataan begitu kerana beliau masih seorang Penjawat Awam (JHEV). Makan gaji buta dengan pangkat besar bagini membazirkan wang rakyat kerana si pencacai ini tak tahu buat kerja apa satu pun, cuma pandai mengarah dan kerja senang dengan gaji yang terlalu lumayan. Tempat beliau layak untuk seorang berpangkat Mejar sahaja dah mencukupi. Sebab itulah beliau terlalu membodek kerajaan UMNO kerana kerja mudah tetapi di bayar gaji tinggi yang tak setimpal dengan tugasan.
BalasPadamPangkat tinggi, gah sungguh! tapi macai jeee..dulu unit anjing kot.
BalasPadamJHEV dan Mej Jen ni saja yang sokong..kita orang bekas tentera tak sokong..minta maaf ye..
BalasPadamSaya bekas tentera .. Teruskan perjuangan menentang penipuan..Saya tolak kenyataan yang menyokong penipuan..Penipuan mesti di siasat dan diadili, baru boleh cerita keluhuran undang-undang..
BalasPadam