Ahad, 26 Mei 2013

Veteran ATM Menyokong Penuh...

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia menyokong penuh tindakan tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) terhadap pihak yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini.

Ketua Pengarahnya Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil untuk mengelakkan keharmonian Negara daripada terjejas.

 Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan mengheret generasi muda mengadakan demontrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan.

 “Golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar undang-undang dengan lantang mempertikai keputusan pilihan raya. Kalau tidak puas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mengemukakan bantahan melalui saluran yang betul, bukan dengan berdemonstrasi,” katanya.

Zulkiflee ditemui pemberita pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Bekas Tentera Daerah Muar di Dewan Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad.

Beliau turut meminta veteran ATM di seluruh negara supaya menasihati anak masing-masing supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Kita mahu anak-anak muda menghormati keluhuran undang-undang supaya usaha membangun negara dan pencapaian matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tidak berapa lama lagi akan dapat diteruskan,” katanya.

Beliau juga tidak mahu melihat segala pengorbanan pasukan keselamatan yang sanggup bergadai nyawa semasa berhadapan dengan pengganas komunis dahulu menjadi sia-sia lantaran untuk memuaskan hati pemimpin tertentu.

JuRaGan : Komunis zalimi rakyat selama 10 tahun...Tapi kerajaan BN  zalimi rakyat 56 tahun siapa lebih power kezalimannya tuan..????


6 ulasan:

  1. Walau pun saya bekas pegawai tentera tetapi saya mahu anak saya terus memperjuangkan hak rakyat tanpa takut kepada ugutan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan pimpinan semasa dewasa ini. Lihat pada Adam Adli yang saya turut bangga dengan anak muda ini.

    BalasPadam
  2. saya seorg bekas jurulatih di dalam tentera mengalak kan anak anak sya menentang penipuan yg di buek oleh pemimpin BN Umngok !!.... Dato Zul tak perlu menjadi macai lagi ,, pangkat lu dah KP !!! jgn tunjuk kan kebodohan anda sebagai pegawai tertinggi tentera !!!

    BalasPadam
  3. Mej Jen Zulkiflee Mazlan ni tak layak untuk mengeluarkan kenyataan begitu kerana beliau masih seorang Penjawat Awam (JHEV). Makan gaji buta dengan pangkat besar bagini membazirkan wang rakyat kerana si pencacai ini tak tahu buat kerja apa satu pun, cuma pandai mengarah dan kerja senang dengan gaji yang terlalu lumayan. Tempat beliau layak untuk seorang berpangkat Mejar sahaja dah mencukupi. Sebab itulah beliau terlalu membodek kerajaan UMNO kerana kerja mudah tetapi di bayar gaji tinggi yang tak setimpal dengan tugasan.

    BalasPadam
  4. Pangkat tinggi, gah sungguh! tapi macai jeee..dulu unit anjing kot.

    BalasPadam
  5. JHEV dan Mej Jen ni saja yang sokong..kita orang bekas tentera tak sokong..minta maaf ye..

    BalasPadam
  6. Saya bekas tentera .. Teruskan perjuangan menentang penipuan..Saya tolak kenyataan yang menyokong penipuan..Penipuan mesti di siasat dan diadili, baru boleh cerita keluhuran undang-undang..

    BalasPadam