Ahad, 2 Jun 2013

Lagi Panass..Ini Baru Kena "Buku Dengan Ruas"..!!

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

From : Zaharudin Muhammad.


43 ulasan:

  1. Siapa pun boleh dakwa, tapi tiada fakta. ko tu ahli majlis syura. tak perlulah nak tulis komen macam ni. bagi la kepada mereka yang layak memberi komen sampah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. maklumat mana mamat zaharudin ni ambik. maaf ckp mcm maklumat dari tong sampah.tulisan Yb khalid lagi jelas dan tak bergulung gulung lidah bila di baca. hampeh

      Padam
    2. BRO ZAHARUDDIN.....DAH TERINGIN NAK MASUK POLITIK, MASUKLAH BETUL2. BUKTIKAN BOLEH JADI SEKURANG KURANGNYA SAMA DGN TG NIK AZIZ. KALAU RASA RASA TAK BOLEH BUATLAH PENCERAHAN LEBIH MENDALAM TENTANG AGAMA BARU SEPADAN DENGAN TITTLE AHLI MAJLIS SYURA.

      Padam
  2. presiden, tu pembohong dan pemfitnah,berani tuduh org tapi tak brerani buktikan kebenaran,tuduh org semata2 dgr cakap org,lepas tu bila org mintak bukti ,kau menganga melopong aje,pecacai kau pulak,letak jawatan dan pi masok jemaah tabligh je le,klu tak faham ilmu politik

    BalasPadam
  3. Bengong punya parti....matlamat utama kita nak tumbangkan BN...bukannya nak bermegah dgn parti masing2....akibat bodo bin bengong maka BN juga yg menang......cilana punya parti.....bodo politik....

    BalasPadam
  4. din ayam ni memang musibat,dia ingat dia menantu presiden ,dia nak besar kepala, mampos le kau dgn kau punya sombong dan bongkak

    BalasPadam
  5. Hah...kan dah kenaaa....aku baca pun naik menyampahhh...benda2 sampah yg xde fakta cmne mmg x lekat dlm benak otak aku yg atas pagar ni...sedangkn aku ekoran rapat PR ni..
    p/s nasihat aku jgn le ikut gaya politik anjing n kucing..ok.! selamat bbloger dg matang.!! jgn jd batu RONSON...jd pDAMAI..aslkm.!

    BalasPadam
  6. Nukilan orang yang kononnya pejuang Islam tetapi bodoh dalam ilmu namun tetap sombong.... Inilah contoh perosak nama parti Islam......

    BalasPadam
  7. kat pru 13 hampa baru cium nak menang berebut gila pkr pas buat kerja tak ikhlas tu pasal kalau menang sah lagi teruk orang nak berperang mesti ada strategi dan langkah ni dak contoh kepala batas penyelaras kawasan tak reti tak tau atau memang bukan pro dan brother brother bpencacai asyik gila dgn lagu nasyid umno ni syaitan yang awak sendiri kena kenal habis

    BalasPadam
  8. pemimpin pakatan tidak perlu ungkit perkara ini . jadikan sempadan untuk masa akan datang. perkukuhkan pakatan dengan satu iktan yang lebih konkrit.

    BalasPadam
  9. Apalah bodonya ni tk habis2 nk bergaduh, sudah-sudahlah bawa muhasabah diri. Jgn fikir dh jadi menantu presiden parti dh hebat, agak-agaklah oi.

    BalasPadam
  10. Bangang din ayam, macam hj hadi jugak

    BalasPadam
  11. aku menyampah kat zulkifli nordin, tapi skarang aku lebih menyampah kat din ayam nie, kalau nabi pun bole berkerjasama dgn yahudi, kenapa hang tak bole berkerjasama dgn dr nasir ni? bangang punya menantu presiden

    BalasPadam
  12. Ya Allah kenapa le Kau penuhi Pas dengan spesis2 jenis UG ni, alang kah baik kalau Kau jadi kan mereka2 ini ayam2 ternakan.
    @ Baka ayam boleh di dapati dari baka jenis "DIN AYAM".

    BalasPadam
  13. la tak abis lagi ker!?

    BalasPadam
  14. ALLAH tak rehda menyebabkan pr kalah bergaduh sesama sendiri sehingga lupa pada musuh meraka yg utama iaitu umnobn yg penuh tipu helah....kepada pemimpin pr kamu kata berjuang untuk kepentingan rakyat tapi nampak sangat kamu berjuang untuk diri sendiri dan keluarga.dimana letak janji kamu semua..adakah kamu sudak lupa bahawa kekuasa kamu ada dibawah kaki rakyat yg menyokong kamu.baik kamu berubah sikap yg buruk lagi hodoh itu sebelum rakyat meluat dan jemu.adakah kamu lupa "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT"dan jangan sampai rakyat berubah arah meminjak kamu pula.

    BalasPadam
  15. kalau ada silap dr pas, org pkr jgn terlalu angkuh mnghina ulama pas. tuan guruu presidenyg korang hina itu lah yg meyakinkan kami penyokong pas supaya jgn percaya pada video anwar atas hujah ilmunya. sebelum nk kata apa apa fikir dulu. bukan tak boleh komplen tp jgn bgga sgt berbahasa kasar. sekiranya pas tk bela penasihat pkr tu adakah anda fikir PR boleh berjaya seperti sekarang. jgn mimpilah ooiiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ke dia bela dsai? Setahu aku bila d tanya pemberita jawapannya seperti d awang awangan..walaubagaimana pun penyokong2 pernah masih menghormati tgha krn dsai yg mahukan kita bersatu utk menentang musuh..

      Padam
    2. Tuduh tanpa bukti...

      ULAMA PAS tak boleh ditegur atau dikritik... kalau kritik serupa menghina...
      PKR jangan tegur kat media kena bawa bincang...
      PAS boleh tegur kat media pasal dia ULAMA PAS...

      2 2 buta perut... sorang ke laut, sorang ke hutan

      Padam
  16. Aku klu din ayam ni jadi Presiden Pas, jawapnye BUNGKUS le parti Melayu Islam,Innallilahi wa inna lillah hiraji'un.Confirm.klu setakat nak letak calon pun dah Bertekak n tunjuk BODOH BANGANG SOMBONG din ayam ni,hanyut Parti dibuatnye.Bapak mertuanye pun sama,menantu tersayang,tak kan nak cantas menantu dia.klu tak caya,PRU 14 belum tentu Pas blh menang klu Perangai mcm ni.wassalam.

    BalasPadam
  17. Pertelagahan sesama sendiri. Sebab tu lah ramai pengundi Melayu beralih ke BN masa PRU13 dulu selepas melihat apa yg berlaku dlm penamaan calon. Mereka tidak yakin dengan kekukuhan PR, sedangkan sesama Melayu pun berebut kerusi nak bertanding, kalu menang nanti berebut kerusi EXCO pula di peringkat DUN. Kalau menang lebih bergaya di peringkat parlimen, lagi teruklah keadaannya nanti dlm perebutan kerusi Kabinet sebab masa tu bukan sesama Melayu saja yg ada, DAP Cina pun terlibat. Belum pilihanraya lagi dah banyak persengketaan, kalau memerintah lagi harulah jadinya. Itulah persepsi orang2 Melayu terhadap PR semasa hendak mengundi PR13 dulu. Kesempatan pun diambil lah pula oleh puak2 UMNO atas kelemahan dan kepincangan yg berlaku dlm PR. Mereka pun mula meracun fikiran orang2 Melayu, kononnya PAS dan PKR tak mungkin dapat mendominasi pemerintahan jika menang pun di peringkat parlimen, dan akhirnya DAP yg akan mengambil alih kuasa. Mereka sebar ini melalui mesej hphone ... Nampaknya mcm dakyah UMNO itu berkesan, orang2 Melayu ramai yg beralih meninggalkan PAS dan PKR. Contoh paling jelas ialah kecundangnya PR di Kedah yg ramai Melayu. Walau pun PR boleh gelak besar kerana berjaya mengurangkan majority parlimen BN kali ini berbanding PRU12, harus diingat ianya adalah kerana DAP yg nekad dan bersatu hati. Mereka, orang2 Cina, ikhlas dengan matlamat dan hala tuju perjuangan, tapi orang Melayu sentiasa saling berdengki dan kemaruk kedudukan. Akibatnya, lihatlah sendiri ... Orang2 UMNO pulak, sentiasa tidak duduk diam. Pencacai2 mereka terus mengapi-apikan keadaan ini dan masih cuba lagi untuk memporak-perandakan PR, meskipun PRU dah berlalu. Contohnya, tengok mcm mana mereka menghasut bagi menimbulkan kekalutan dlm kerajaan negeri Selangor. Jika keadaan atau kecelaruan seperti ini tidak dapat diperbaiki menjelang PRU14, maka, hasrat untuk kuburkan UMNO hanya akan tinggal sebagai mimpi ... percayalah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik bedal din ayam je.... ingat din ayam saje ke dlm pas..... pemuda pkr pikir bebetul dulu.... kalu dsai dah x ada nanti mcmane halatuju pkr...... jgn nak berbangga sgt.... asyik berganyut pada baju dsai....

      Padam
    2. Klu anwar dh tk da nnti bukan setakat pkr je hancor tp dgn pas dan dap sekali hancor..tk percaya klu panjang umur kita saksikan la sendiri..kekuatan pas sebenarnya adalah pada TGNA kini dh pencen, kekuatan pkr pd anwar sikit masa lg pencen..pencennya tn guru sebenarnya memberi maslah pada anwar krn kini beliau sudah tidak ada tmpat rujukan utk menyelesaikan masalah2 antara pkr dan pas..jd smpai masa itu tk payah la sape2 pun menunding jari menyalahkan orang lain..

      Padam
    3. Ini satu lagi masalah dlm PR. Survivaliti parti hanya bergantung kpd pemimpin. Ini menunjukkan tiada kekuatan di peringkat akar umbi. Apakah PR hanya relevan untuk hidup hanya bila ada DSAI & TGNA? Taqdirnya kedua-dua nya mati hari ini, apakah PR pun akan turut terkubur sama? Lihat kpd UMNO, walau pun mereka lalui pelbagai zaman di mana pemimpin2 mereka korup silih berganti (mereka pun tahu), mereka tetap bersatu menghidupkan UMNO dan BN. Bagi mereka, pemimpin (yg tak berapa kerat) datang dan pergi ... tetapi ahli mesti kekal. Terbalik pulak dlm PR, Nampak seperti ahli2 datang dan pergi, pemimpin mesti kekal, baru PR boleh hidup. Jika beginilah caranya yg diperlihatkan kpd orang2 Melayu/ Islam, keyakinan mereka terhadap PR akan makin sedikit demi sedikit hilang. Orang akan melihat PR sbg sebuah parti GIMIK atau parti RETORIK, yg hanya menyerlah melaui pemimpinnya shj dan juga hanya bila ada isu atau kontroversi besar timbul dlm masyarakat, waktu lain diam tertanam mcm besi yg makin berkarat. Kalu mahu lihat PR menjadi satu parti yg kuat, kukuh & kompetetif, penyatuan di peringkat bawah hendaklah disusun dahulu ...

      Padam
  18. istifar saudara2ku, komen berlandas amarah xkemana, dpt dosa kering adala...

    BalasPadam
  19. Aku nak tanya, betul ke PAS memang betul-betul dah ‘screening’ semua calonnya dalam PRU13 yang lalu..... aku rasa tidak 100%. Nanti kalu aku dedahkan, malu kamu Din... jadi lebih baik kita diamkan diri drp dok cakap benda-benda yang tidak mendatangkan faedah kepada parti dan kepada pakatan....PRU dah berlalu... cukup-cukuplah... baik juak-juak PAS ataupun PKR... carilah jalan supaya kesepakatan yang terjalin diperkukuhkan.... bukan diperleraikan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu x 100% pun rase ye lebih detil dari sbelah nun..... aku ada satu soalan pada amk... sape agak ye pganti dsai lepas ni.......

      Padam
  20. Din ayam togel elok duduk diam dan mahasaban diri..kamu cuma layak jadi tukang pasang bendera Pas saja, tak ada kualiti jadi pemimpin. Tindakan kamu banyak menyusahkan PR saja. Lain kali tak payahlah sibuk2 nak nasihat Presiden atau buat kenyataan akhbar, mu dan mentua mu serta geng2 UG eloklah sama2 berundur, biarlah yang cerdik dalam agama dan politik saja yang boleh memimpin Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. A ah.... si din ayam tu memang layak jadi pemasang bendera je...... puihhhhhh.... tu le amk..... tsu mengarah je... keja ye x ada..bila pru je nampak muka..... bila kalah salahkn oang lain..... aku tau le pkr haye 14 kudi je kat slngor.. pasal tu le doang ngamuk sakan pdl k damansar....

      Padam
  21. aku lebih suka klu pas keluar dari pr,org pas alim alim,ilmu tinggi mengunung,tak layak berkawan dgn pkr,lebih pas bertanding sendirian,pengaruh hj hadi tu kan hebat,pru 14 nanti tentu pas akan sapu bersih kerusi melayu,pas akan dapat perintah malaysia,hj hadi akan jadi perdana menteri,din ayam bertambah sombong,bongkak,ujub,takbur,din ayam boleh duduk tingkat4,ewah pecacai akan bertambah2 sombong,selamat melingkup kau din ayam

    BalasPadam
  22. Menantu BUDAK NAKAL nak bermain taik

    BalasPadam
  23. PRU14 nanti jgn harap lah PAS nk menang. Kalau mcm ni perangai dan sikap pemimpin PAS.. orang pun dah naik jelak dengan kerenah haprak pemimpin PAS, nama saja perjuangan Islam, tapi suka khianat kawan... redha sajalah yg BN akan terus memerintah Malaysia.. malah akan lebih baik lagi kedudukan BN/UMNO di PRU14 nanti. Presiden PAS walaupun bertunjangkan golongan ulamak, tapi dengan sikapnya yg terpengaruh dengan mulut busuk menantu kesayangannya, akan mengakibatkan PAS kehilangan lebih banyak undi rakyat. Kalau Din Ayam menantu yg terhandal, kenapa tak gempur dan tawan terengganu dari BN? kenapa Kota damansara yg kecil itu yg nak direbut dari PKR? Kan lebih glamour kalau tawan terengganu dari tawan kota damansara. Dapat jugak bapak mertua jadi MB lagi. Dah lah khianat tikam kawan, bila kalah keluar la pulak berbagai2 alasan untuk menghalalkan tindakan khianat tersebut... cari salah kat orang lain. Samalah juga dgn Nik Abduh.. baru anak jagung naik jadi MP, dah mula besar kepala..angkuh dgn kemenangan yg ia dapat. Bila PAS kalah, salahkan Anwar & PKR. Asyik2 tulis "masih keliru, keliru... keliru". Rakyat pun keliru jugak dgn PAS nih.. ada pemimpin kata PAS bersama PR berjuang menumpaskan UMNO/BN,.. ada pemimpin lain yg kata PKR tak boleh diterimalah.., calun tak discreenlah.. pil kudalah..pas akan laksanakan hududlah...Semua ini menyebabkan rakyat keliru halatuju PR. Dengan sikap angkuh pemimpin PAS ini, memang patut pun PR tak dapat tawan Putrajaya. Cuba check setiap kawasan yg dimenangi oleh PAS adakah hanya kerana undi ahli2 PAS semata-mata? Kawasan majoriti melayu yg konon PAS jaguh tak menang pulak. Inilah sikap PAS. Tak tahu langsung nk menghargai sumbangan kawan2 dan mereka2 yg diluar PAS. Inilah pemimpin PAS yg angkuh konon tinggi ilmu Islamnya, tapi tak ada otak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sependapat dgn tuan....

      Padam
  24. Mengikut pd pemerhatian undi pr tak lari ke ubn tp undi pr yg pecah..klu pas campur pkr dh tentu menang..klu betul nasir tk dapat sokongan dr akar umbi beliau tk akan dapat 14000+ undi jika nk d banding dgn pas..jd kesimpulan yg boleh d buat ialah pas telah rosakan semuanya..sbb apa?hari tu alasan lain hari ini alasannya lain pulak jd sebenarnya itu mmg telah d rancang..hidup pas!!! Maju la sukan utk malaysia..

    BalasPadam
  25. Apabila mereka2 ni lupa pada asal usul terbentuknya pr maka ini la jdnya..rasa parti mereka la paling hebat dlm pr ni..walau bagai mana pun rasa bersyukur sifat2 mcm puak2 ni tak berlaku d negeri2 lain kecuali satu kerusi kat penang tu..

    BalasPadam
  26. tu le kepala amk...... dlm otak asyik pikir pas buat salah...... kata pas sombong , bongkak, keras kepala, khianat kawan le... mcm lg ..... sedar le sikit.... apa perjuangan pkr..... nak jwtan ke atau keadilan.... kalu nk adil kenapa d pertikai khalid ibrahim menjadi mb..... oang pas ke yg pertikai....... ohhhh lupe plak.... din ayam n tok guru agak ye... negeri kltn n trganu dari dulu memang d tandingi pas kenapa tamak sgat nk kacau tempat pas brtanding dari dulu.... oh silap..... memang kerusi tu pkr dah register dari merdeka...... tamak betul pas ni ekkk..... tgna membenarkan pkr bertanding d kltn.... tgna ni pkr kot........ oh silap........ pas memang tamak x bg pkrbertanding d kltn.....p penang plak..... berapa lama pas dah bertanding kat p pinang...... memang ramai wakil 2 pas d situ jadi adun..... sebab tu pkr marah sangat pas bertanding d sngai aceh.... memang tamak pas ni..... lebih 2 lg oang pas d situ dulu dah ada yg lompat..... hahahahahah

    BalasPadam
  27. boddo punya alasan 7000 tak akan undi PKR...... Dah terang2 kerusi KD tu dikhaskan utk PKR yang PAS dok letak juga calon pehal!!!! Lagi satu nak tanya.. watikah calon tu siapa yang diberi kuasa penuh utk sign.. Presiden ke SUA????? Banyak makan tongkeng ayam kot.. pala otak macam ayam..

    BalasPadam
  28. 7000 tu memang alasan bodoh..... tp alasan yg cerdeknye.... kalau pas tak membuat hebahan terakhir sebelum pilihan raya mungkin pkr dapat 7000 undi saje........

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Aku amat benci apabila ada dlm Pas manusia2 yg bersikap talm 14 muka...Kalau dah tau nk berebut kerusi kenapa dulu sgguR & DAP jd kawan? Apa matlamat sebenar? Kalau setakat bermatlamat nak tumbangkn umno saja baik x payah join PR...kalau menang blh perintah negara pun x perlu nak rebut2 jadi PM. Dah tentu Haji Hadi jd PM...baru menantu kesayngan dpt gak tidur kat vila perdana yg Haji Hadi kata nk lelong jk Pas menang dulu...aku penyokong Pas tp aku sokong sbb TGNA masih ada lg...kalau TGNA dah tiada pasti 2x akn ku fikirkn nak sokong Pas lg atau tidak...melainkn jk masih ada lg pemimpin seperti TGNA dalam Pas...Bkn sbb x minat pd Pas lg tapi aku x percaya lg pd pimpinan Pas yg lain melainkn beberapa org yg ada dan masih pertahan Pas agar x bersatu dgn umno...Haji Hadi? aku kurang percaya sgt...kalau dgn menantu pun blh pengaruhi dia...apatah lg kalau suatu hari nanti bila ada manusia lain yg pengaruhi Haji Hadi utk bersatu dengan umno...skrg pun Haji Hadi dah jd presiden tidur...bila TGNA dah tiada lagi nyenyak la dia tidur...Nik Abduh? jiwanya bkn seperti ayahandanya...nik abduh slh seorang penggerak UG bersama2 hasan ali & nasarudin... Wahai zaharuddin, jk kau x suka lg pd pr, elok la kau nasihat kat bapa mentua kau tu kluar dari pas n tubuh parti sendiri...x payah la kau nak cuba amalkn perangai pembodek dalam Pas. Tubuh parti lain...bapa mentua presiden, kau timbalannya... org mcm kau la yg merosakkan Pas...Pas bkn parti bapak kau punya!!!pas ada penyokong tersendiri...penyokong Pas bkn krna sbb mentua kau jd presiden tp sbb janji2 Pas & amalan Pas selama ini yg meletakkan Islam diatas...spatutnya cukup2 la bg komen lg, pru dah habis...rehatkn minda dan fikirkn cara merapatkn hubungi sesama PR...org pkr pun sama, apakah matlamat PR sebenar? sesama sendiri blh berselisih...lebih teruk saling menuduh dalam ni...org umno bertepuk tgn dan menunggu masa nak tengok PR jd bom jangka. Kerja mereka mnjadi lbh senang, cuma kasi simbah petrol byk2 sikit agak api marak lg...boboh punya ahli2 pr yg hanya berfikir dgn kepala lutut...masih x reti nk jaga hubungan sesama ahli PR...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama saja 2x5, orang2 PAS join PR bukan sbb suka PR, tapi sbb nak jatuhkan BN, orang2 Cina join sokong PAS pun bukan sbb suka dng PAS tapi sbb nak jatuhkan BN juga. Akan tetapi, apa hala tuju sebenar, kalau BN dan jatuh, memang PR tak pernah buat perncangan sbb PR tak pernah ada Kabinet tempat untuk berunding. Klu ada rundingan sikit2 pun, masa dekat dgn mengundi... itu pun bercakaran berebut kerusi. Hai, kalau lah PR menang PRU13 dulu, lintang pukang tonggang terbalik jadinya Putrajaya dek percakaran yg bakal menyusul ... Korang semua bermati-matian bukanlah sbb nak memerintah, tapi nak mentekedarah ... hasilnya, lihatlah korang muntah darah ... Itulah sbbnya ramai pengundi2 Melayu lari tinggalkan PR dan sokong BN sbb hilang keyakinan dengan arah hala tuju PR ...

      Padam
  31. Bila Umno tuduh tanpa bukti = fitnah
    Bila Pas tuduh tanpa bukti = ijtihad

    SPR kata dakwat kekal = ada penafian = confirm = SPR Pembohong
    Presiden PAS kata calon jual pil kuda = ada penafian = confirm = ????

    kalau dah tak betul tetap tak betul... cover n bekap... bengong puak puak ni...

    BalasPadam
  32. hahaha.... ada oang mengaku penyokong pas... aku pun mengaku gak penyokong pas.... semua oang boleh dakwa dakwi... pencacai umno pun boleh ngaku.... lepas ni tgna dah x larat dlm parti .... masa tu ko boleh sokong umno atau pkr... sebab x ada oang sama pemikiran mcm ko.... dlm pas dah x ada yg boleh d percayai.... parti tua ni dah x laku..... tok guru 2,,, semua dah bleh dpercayai... asyik kumpul harta saje... pkr n dap lah yg cerdik.... pkr lah yg telah berjuang untuk keadilan....pas hanya meneguk d air keruh... hahahaha...... kita ni baru dlm perjuangan dah sombong dan angkuh.... siapa d antara kita yg dah bertanding 10 kali pru.... sampai x sempat melihat sunami politik skang.... kita ni lahir dlm guni beras... dah mewah...... x peenah rasa ketika pembangkang sebagai orang asing d malaysia.... tut tut nak kata oang......

    BalasPadam