Apakah perbezaan pendekatan dua pemimpin kanan PKR di Selangor antara
Azmin Ali, ketua parti dan Tan Sri Khalid Ibrahim, ketua kerajaan
tidak dapat diredakan kalau pun tidak diselesaikan sama sekali?
Saya tidak tahu bagaimana hendak mengatasi perbezaan itu. Mengikut
kata almarhum Ustaz Hassan Shukri semasa hidupnya, perbezaan peribadi
selalunya diatasi dengan salah seorang meninggal dunia. Saya tidak mahu
salah seorang daripadanya mati dalam waktu yang terdekat.
Sekalipun
perbezaan yang ada tidak sampai meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat
(PR) di Selangor tetapi penyokong kerajaan di luar kerajaan payah
hendak berdepan orang ramai termasuk hendak meredakan kekeliruan
penyokong parti masing-masing.
Dalam pergolakan yang mungkin
tidak besar tetapi tidak juga kecil, sekutu PKR iaitu PAS dan DAP tidak
ada apa-apa masalah muafakat kerajaan yang ada. Kalau ada masalah pun
boleh dirujuk kepada pimpinan PR. Jika hal ini berlanjutan, payah bagi
PR untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Tidak
saja ia mengelirukan orang di negeri Selangor, bahkan ia menyukarkan
PR di seluruh negara untuk mengaut momentum baru bagi mengambil
Putrajaya.
Sedikit sebanyak ia mengganggu tumpuan PR untuk menghadapi isu kepincangan BN dalam isu kos sara hidup melambung.
Jika PKR payah meredakan pergolakan itu, mungkin Anwar Ibrahim sendiri
mengambil pentadbiran Selangor atau apa kata kalau PKR pinjamkan
pentadbiran negeri Selangor itu kepada PAS? Tidak bijak bagi PAS untuk
mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang sama ditegakkannya sekarang.
Tetapi tentulah PAS dan DAP tidak seronok dengan perkembangan yang berlarutan itu.
Daripada kedua-duanya memendam rasa dan terbuku di hati, apakah
salahnya PKR berundur bagi laluan kepada PAS bagi meneruskan suasana dan
pentadbiran yang baik sekarang?
Bukan hendak kuasa tetapi hendak meredakan keadaan supaya rakyat senang dan pegawai kerajaan pun selesa menjalankan tugas.
Mungkin Solihin Mohyi atau Iskandar Samad menjadi menteri besar yang
baru bagi meneruskan pentadbiran sudah disudah dimantapkan oleh Tan Sri
Khalid itu.
Kedua-dua Tan Sri Khalid dan Azmin Ali diperlukan
di Selangor. Tan Sri Khalid boleh dikekalkan sebagai penasihat ekonomi
dan pentadbiran kerajaan yang bergaji tetap, berpejabat dan ada
kakitangan khas.
Kalau Anwar Ibrahim kini menjadi penasihat
ekonomi tidak bergaji, maka kedua-dua Datuk Seri Anwar dan Tan Sri
Khalid boleh diberi gaji supaya mereka menggunakan kebolehan dan
kemahiran masing-masing untuk meningkatkan lagi kemajuan negeri.
Kedua-duanya boleh berkeliling dunia untuk menarik pelaburan. Kalau
tidak ambil peeruntukan baru daripada wang kerajaan tidak mengapa untuk
gaji mereka tetapi potongan kenaikan elaun untuk MB, Exco dan Speaker
mungkin dapat menampung keperluan mereka.
Kecekapan Azmin juga
boleh digunakan bagi membantu menteri besar baru daripada PAS untuk
membangunkan lagi Selangor. Mana yang Azmin rasa payah untuk
disumbangkan dulu, munkin tidak banyak masalah untuk disalurkan.
Bila saya cadangkan PR boleh meminjam khidmat PAS bagi meneruskan
kelangsungan pentadbiran/kerajaan PR negeri Selangor tidak pula bererti
merebut peluang sama buat DAP.
Mungkin PAS tidak banyak
kelebihan berbanding DAP tetapi keadaan yang ada payah bagi DAP untuk
mengemukakan calon menteri besarnya kerana suasana politik perkauman
dan prejudis yang ada terutama di kalangan penyokong BN, maka DAP tidak
mahu terlibat dalam suasana bising yang diada-adakan.
DAP
adalah selesa dengan keadaan yang ada, maka ia tidak sedia mencari
susah. Dan DAPpun tidak ada Adun Melayu. Tidak semestikan ia satu lagi
hak istimewa orang Melayu, masyarakat belum bersedia menerima MB bukan
Melayu.
Dengan apa yang Datuk Seri Nizar Jamaluddin buat di
Perak dulu, DAP lagi fobia dengan pemimpin PAS untuk memimpin kerajaan
negeri.
Cetusan saya ini terpakai kalau PKR tidak dapat meredakan masalahnya. –Subky Latif
Secara peribadi saya rasa Iskandar Samad bukanlah yang terbaik di kalangan PAS untuk berada di kerusi MB. Kenapa nama Khalid Samad tidak berani diketengahkan? Apakah kelantangan beliau dalam mempertahankan pendapat, pendirian dan kenyataannya menjadi masalah kepada pimpinan tertinggi PAS? Beliau dan Dr. Rani saya rasakan lebih dinamik untuk jawatan MB.
BalasPadamjangan jadi macam di kedah daa ! ABU !
BalasPadamSheikh, Kalau dipinjamkan kepada pas negeri Selangor (MB) PRU 14 nanti takut jadi Kedah, Perak dan lebih awal Terengganu............Faham2 lah sendiri sheikh hoi! Belum tahu hujung pangkal pemuda Pas dah nak boikot PRK......kekadang tak dapat kita mencari rasionalnya golongan sarban tinggi ni (ST)!!!!!. Saya juga melihat sejarah di Kota Damansara, sg. Aceh dan beberapa tempat di Terengganu......alaihai puak Hasang Jati masih kuat dalam Pas. Pabila N Presiden dituduh Syiah pun puak puak ST membisu serupa setan dikenali. Apatah lagi nak tegur mufti yg jahat.? Eluklah puak2 penyokong ST ni pi join blog Al-Brangi. Kerusi kajang milek PKR, hairan kenapa ST ni dok sebok2......kalau tewas sekali pon majority di Selangor milek PR.....salah ka bincang eluk2. DAP yg kapiaq pun memberi sokongan asalkan dapat menyelesaikan Masalah dalaman PKR. Kekadang aku jadi malu menjadi penyokong tegar PAS kerana fikiran puak2 ni terlalu sempit, sehinggakan terikut2 rentak umporno.
BalasPadam