Sabtu, 30 April 2011

Bacull..JAKIM Buat "Bodoh" Atau Memang "Bodohhh"..

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda iaitu Mufti Perlis,berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton dan buat bodoh saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

Gila Babi...PAS Keluar PR..??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.


Juragan : Takut kalah macam tu la..





Fuhh...Ini Baru Namanya Ustaz Akhirat...!!

Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.


Selasa, 26 April 2011

Pak Jabit Orang Kuat PKR

SHAH ALAM – “Sebagai rakyat yang matang saya tidak akan berpisah de-ngan Mamat Khalid dari segi berkarya walaupun antara kami berbeza fahaman politik.”

Itulah kata-kata Abdul Kadir Abdul Manaf yang lebih dikenali sebagai Pak Jabit dalam filem lakonannya ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ mengenai pengarah filem, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid menyertai UMNO, semalam.

Ketua Cabang PKR Temerloh itu berkata, Malaysia sudah 53 tahun merdeka dan sebagai rak-yat kita sudah faham dengan demokrasi berpolitik yang memberi kebebasan sesiapa sahaja menceburkan diri dalam parti politik berdaftar.

“Saya tidak terkejut mendengar Mamat me-nyertai UMNO malah menyokong perjuangannya kerana dalam berkarya beliau tidak sesekali menilai seseorang itu melalui perbezaan politik.

“Malah saya lebih terkejut dan menentang habis-habisan sekiranya Mamat menyertai parti komunis atau menjadi perosak negara.

Pak Jabit yang juga Penyelaras Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) berkata, hakikatnya jika solat Jumaat dan di sebelahnya orang UMNO adakah dia terpaksa keluar saf kerana berbeza politik?

“Soal parti adalah hak individu, terpulang bagaimana cara seseorang itu menyumbang terhadap parti politik yang disertainya sama ada untuk diri sendiri, tanah air, masyarakat atau sekadar pemerhati sahaja.

“Begitu juga keakraban saya dengan Mamat, saya akan terus menyokong kerjayanya dalam perfileman kerana tahu beliau seorang yang kreatif menzahirkan idea bernas dalam menghasilkan cerita menarik serta mempunyai pengajaran (mesej) kepada penonton.

“Siapa tahu suatu hari nanti, Pak Jabit mungkin duduk semeja dengan Mamat jika kami sama-sama dicalonkan menjadi menteri,” katanya berseloroh.

Sabtu, 16 April 2011

Tengok nii...Masyaallah..


Masyaallah..macam anak dengan bapak aje..tuah si anu dia..he3

Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Sarawak dihadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak
Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching, Sarawak
setelah Barisan Nasional memenangi dua pertiga majority pada
piliahn raya negeri Sarawak ke 10 hari ini.


Terkini PRN Sarawak 6.05 pm

Pakatan Rakyat - 13
Repok
Kidurong
Maradong
Layar
Meluan
Kakus
Tamim
Jepak
Tasik Biru
Ba'Kelalan
Krian
Tebedu
Tarat


Barisan Nasional - 9
Simanggang
Bukit Kota
Saribas
Semop
Bukit Saban
Sadong Jaya
Tanjung Datu
Sebuyau
Beting Maro


Terkini PRN Sarawak 6.03 pm

6.03pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:

Bawang Assan
DAP - Alice Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723

Dudong
DAP - Yap Hoi Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862

Bukit Assek
DAP- Wong Ho Leng - 301
BN - Chieng Boon Tuong 265

Meradong
DAP - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170

Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.

Notis Peperiksaan Ke Sekolah-sekolah..Petunjuk PRU-13??

Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Sudah 30 Tahunnn..Mengapa Sekarang Baru Nak Bagi...

Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tinjauan mesra ke pelosok pedalaman Sarawak hari ini ke Pekan Song dan Kapit di Ulu Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sebaik tiba dengan helikopter di padang daerah Song pada pukul 9.30 pagi, Perdana Menteri terus menuju ke tengah pekan Song dengan 5,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Iban melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional".

Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama tiba di pekan kecil itu, diberi sambutan persembahan kebudayaan tradisional pelbagai kaum oleh pelajar dari sekolah menengah di pekan itu.

Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit, yang ketika ini hanya dihubungi dengan menggunakan sungai sejauh kira-kira 40km.

Katanya tender bagi projek itu akan dipanggil tidak lama lagi untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencerahkan harapan penduduk di pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan raya Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang ketika ini hanya menggunakan bot ekspres Sungai Rajang.

Perjalanan bot ekspres dari Sibu ke Song mengambil masa lebih satu jam melalui pekan Kanowit manakala perjalanan dari Song ke Kapit mengambil masa tiga jam.

Fuhh..Semoga Gambar Ini Membawa Perubahan...


Marilah kita sama-sama berdoa agar hari ini tercipta sejarah,
jatuhnya kerajaan Zalim Taik Mubarak di Sarawak...Takbirrr

Khamis, 14 April 2011

Peringatan Yang "Menyakitkan" Taib Mubarak..

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.

Tv3 juga dalam Buletin 130 hari ini tidak menyiarkan ulasan penuh Mahathir mengenainya selain hanya memuatkan keyakinan mantan perdana menteri itu bahawa BN akan menang.

Tengok nii...Kajian Zentrum Yang kini Menakutkan BN di Sarawak..

Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, kesahihan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrun tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.


Juragan : Kalau PR dapat memerintah Sarawak...Taik Muhmud
akan terkencing dalam seluarrr..dan kita jadikan Taik Mahmud ni
seperti abang angkatnya Hosni Mubarak..Hancuss BN..



Kuah3..Kenyataan Gila Meroyann..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sarawak tidak akan mencapai pembangunan yang terancang sekiranya pembangkang mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, pentadbiran Sarawak memerlukan kerjasama erat dengan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi mengembling usaha ke arah mentransformasikan rakyat negeri itu.

"Kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga ditadbir BN, Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN... atas semangat kerjasama ini transformasi Sarawak pasti akan berlaku," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, Rabu malam.

Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji pembangkang yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri.

Menurutnya, keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak.

"Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik.

"Akibatnya Sarawak tidak akan maju sekiranya pembangkang menang, jadi rakyat Sarawak tak boleh bagi pembangkang menang," katanya.

Tambah beliau, rakyat Sarawak dinasihatkan supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji pembangkang yang dibuat sekadar meraih undi.

"Kalau nak majukan Sarawak, kita kena berpijak di bumi yang nyata, kita tak boleh hanya jual janji atau hanya perdagangkan janji... ini sikap pembangkang," katanya.


Juragan : ayat di atas macam pernah ku dengar semasa PRU ke-12 dulu bah..
patut la rakyat Kedah,Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang banyak yang
mati tak makan...sbb PR tak pandai memimpin..kuah3



Tengok nii...Tangisan Sesalan Bob Lokman..

Rabu, 13 April 2011

Kantoii..AJK Umno Kena"Cekup"..

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).


Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedangberkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite


Isnin, 11 April 2011

Terkini...Helikopter Bawa Rombongan Muhyiddin Terhempas di Sarawak..

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Fuh...Mengapa Anwar Semakin "Bimbang"..??

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertindihan kerusi yang ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada pilihan raya Sarawak hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, beliau bimbang kejayaan SNAP memancing undi terutama di kawasan yang turut ditandingi PKR akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan pembangkang dan seterusnya menggagalkan usaha menumbangkan BN.

Kebimbangan itu dibangkitkan Anwar yang juga Penasihat PKR pada hari kelima kempen pilihan raya Sarawak ke-10.

"Tentunya saya rasa bimbang kerana kejayaan SNAP hanya akan memecahkan undi pembangkang dan akhirnya membantu (kejayaan) BN," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Selain itu katanya, PKR dan Pakatan Rakyat perlu lebih berwaspada dengan kehadiran SNAP yang didakwanya dibayangi BN.

"Kalau kita lihat di beberapa tempat ataupun lihat sahaja di tempat penamaan calon, ada kecederungan SNAP dilindungi oleh BN, jadi kita harus waspada," katanya.

Katanya lagi, kehadiran SNAP hanya akan mengelirukan pengundi apabila terdapat lebih daripada satu parti pembangkang bertanding bagi sesuatu kerusi.

Jelas beliau, pengundi terutamanya di kawasan pendalaman kebiasaan lebih mudah membuat penilaian iaitu sama ada memilih antara Pakatan Rakyat ataupun BN.

"Sebab itu di beberapa tempat termasuk di kawasan Iban, orang memilih sama Pakatan Rakyat ataupun BN kerana yang lain (Bebas atau parti bukan dalam Pakatan Rakyat) kelihatan lebih memihak dan akan menguntungkan BN," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kempen PKR di kawasan berlakunya pertindihan dengan SNAP, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata: "Sekarang ini nampak kerancakan kempen PKR lebih meyakinkan, masih belum ketara kehadiran SNAP."

Pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini, PKR dan SNAP masing-masing akan bersaing antara satu sama lain di 25 kerusi yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Dayak.

Najib Beri Gambaran,Taib Gagal Di Sarawak..

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Datuk Seri Najib Razak sendiri “mengetuai” BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, tidak pernah dalam sejarah seorang perdana menteri dan keseluruhan anggota Kabinet pusat sanggup menghabiskan kebanyakan masa dan usaha mereka ketika pilihan raya negeri Sarawak.

Kempen pilihan raya negeri ke-10 ini bermula Rabu lalu dan kini hanya tinggal lagi enam hari.

“Buat kali pertama kita melihat kegagalan di pihak kepimpinan negeri... dan usaha terdesak Najib untuk datang dan dengan sewenang-wenangnya menggunakan keseluruhan sumber kerajaan persekutuan (untuk berkempen),” kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Pakatan Rakyat menggerakkan kempen mereka dengan menggunakan rasa tidak puas hati penduduk Sarawak terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang kuasa itu.

Meskipun dibayangi dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, Taib memutuskan untuk terus mempertahankan kerusi Balingian kali ini dan mahu mengetuai BN Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini.

“Biasanya, pada masa-masa lalu ada sensitiviti bahawa (kempen di) Sarawak hanya harus diuruskan oleh rakyat Sarawak,” kata Anwar, Ketua Umum PKR ketika ditanya mengenai jadual ketat enam hari Najib menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Najib akan berada di Kuching semula malam ini selepas kunjungan awal Khamis lalu.

“Sangat jelas, ada kebimbangan dalam BN bahawa Taib Mahmud, ketua menteri dan keseluruhan Kabinet negeri tidak berupaya untuk memastikan sokongan daripada rakyat Sarawak buat BN, bukan sahaja memerlukan Najib tetapi keseluruhan sumber kerajaan persekutuan,” kata Anwar.


Kantoii..Lepas Nafsu Serakah Dalam Bank..

Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.

Sabtu, 9 April 2011

Panass..Lagi Aktivis Dihalang Memasuki Sarawak..

Aktivis BERSIH, Wong Chin Huat dihalang untuk memasuki Sarawak, menyusul langkah aktivis sosial, Steven Ng, yang dihalang di lapangan kapal terbang pada 3 April 2011. Wong Chin Huat menjadi warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke bumi kenyalang sejak terbubarnya DUN Sarawak.

Wong Chin Huat (gambar kanan) yang mengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertolak menaiki kapal terbang pada jam 6.40 petang bersama dua orang penuntutnya. Tanpa diduga, beliau dimaklumkan bahawa dirinya dihalang untuk masuk ke Sarawak setelah mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada jam 8.30 malam.

Wong Chin Huat membalas panggilan MerdekaReview pada jam 9.06 malam, memberitahu bahawa dirinya diminta untuk menyerah kad pengenalannya. Wong menolak untuk berbuat demikian, malah cuba membela keputusan dirinya dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau sedang menghubungi peguamnya untuk berunding dengan pegawai imigresen.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat diarahkan untuk kembali ke Semenanjung kemudiannya. Beliau akan menaiki kapal terbang Air Asia pada jam 10.10 pm. Wong dihalang mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a), akta yang sama digunakan untuk menghalang kemasukan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebelum ini.

Selain itu, dua orang penuntutnya, Lu Wei Hoong dan Low Wei Yan juga disiasat pegawai kastam. Menurut Lu Wei Hoong, pegawai kastam menyiasat buku nota, fail, dan buku yang dibawanya, MARCH 8 The Day Malaysia Woke Up, suntingan Kee Thuan Chye.

Mereka diberitahu oleh seorang pegawai kastam bahawa mereka disiasat atas arahan Jabatan Kastam dari Kuala Lumpur.

Wong Chin Huat adalah warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke Sarawak sejak terbubarnya DUN Sarawak. Pada 3 April, aktivis yang giat dalam gerakan sosial di Sarawak, Steven Ng (gambar kanan) dilarang untuk memasuki negeri Sarawak, tanpa diberi alasan.

Wong Chin Huat adalah kolumnis MerdekaReview, sebelum ini menulis sebuah artikel berjudul Mungkinkah CHRISTRAF mencetus ribut di Sarawak?

Jumaat, 8 April 2011

Fuhh..."Mood" Rakyat Sarawak Kini Luar Biasa - Saifuddin

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail dengan yakin berkata, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat.

" Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.


Inikah KM Sarawak Yang Baru..??

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian bakal dipilih sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya negeri yang ke-10 pada 16 April depan.

Perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh ketiga-tiga gabungan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, persetujuan berkenaan dibuat berdasarkan persefahaman bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak akan memimpin kerajaan negeri.

"Pakatan Rakyat bersetuju bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang tinggi (dalam Dewan Undangan Negeri) akan dipilih sebagai Ketua Menteri.

"Jadi memandangkan Baru adalah pemimpin Sarawak, jadi beliau dicadangkan untuk jawatan berkenaan...bagaimanapun perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat," katanya pada sidang media sewaktu pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Sarawak di sini, Jumaat.

Pada pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bertanding di semua kerusi kecuali di kawasan DUN Pakan dan Marudi.

PKR bertanding di 49 kawasan diikuti DAP mempertaruhkan nasib di 15 kawasan sementara PAS meletakkan wakil mereka di lima kerusi.

Baru Bian bertanding di DUN Ba'kelalan menentang calon baru Barisan Nasional (BN), Willie Liau.

Selain itu, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Cheing Jen berkata, pendirian untuk memberi laluan kepada PKR menjadi Ketua Menteri dibuat sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan di Sarawak.

"Pendirian DAP jelas, kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan, Baru akan menjadi Ketua Menteri yang baru...itu pendirian kita," katanya lagi.

Tengok nii..Dah Tak Tahannn...


Dah tak tahann..Polis menahan seorang lelaki yang
menyertai tunjuk perasaan di hadapan pejabat SPRM
Selangor di Shah Alam pagi tadi.

Lu orang sendiri pikir dengan kepala otak..jangan pikir
dengan kepala lutut macam melayu UMnoo..


Khamis, 7 April 2011

Kah..kah..kah..Baru Lu Tahu Pemimpim Umno Tak Berakhlak..

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak (penguasa dan media) yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Sarbani Kuat Beriman,Tidak Mungkin Bunuh Diri - Ashaari

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Rabu, 6 April 2011

Tengok nii..Lagi Kenyataan Polis Yang "Menyakitkan" Hati...

Penyebaran video Fitnah Anuar, yang tersiar dalam YouTube petang semalam tidak mengganggu siasatan polis..Fuhhh..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ghazali Md Amin berkata,siasatan polis hanya tertumpu kepada penyebaran video tersebut yang menggelarkan diri mereka datuk "T" sahaja.
"Walaupun video tersebut telah tersebar secara meluas namun siasatan polis tidak terganggu,"jelas beliau.

"Cuma kalau ada aduan dibuat mengenai muat turu video tersebut dalam Youtube barulah kita boleh membuka kertas siasatan dan mengkaji kesalahan apa yang dilakukan,"katanya.


Juragan : Kalau video Chua Sui Lek dulu,siap warning habis..dan siapa
yang memiliki video tersebut akan ditangkap.bila bab video Anuar
"tak Nganggu siasatan"katanya..Perghh..bunyi macam tak kisah aje beb,
macam perumpamaan "ada babi hutan disebali jamban" kah3..??


Sepupu Lawan Taib Mahmud Di Balingian..

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bakal menyaksikan saingan tiga penjuru apabila sepupu kepada Ketua Menteri mengumumkan bertanding atas tiket Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS).

Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin pada Selasa mengesahkan akan menentang Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga penyandang bagi kerusi Balingian.

"Saya bertanding atas dasar prinsip dan agama," katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) alingian antara 1974 dan 1977.

Sehingga kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengesahkan mempertaruhkan Suriati Abdullah di kerusi yang sama.

Salleh menegaskan beliau menentang kepimpinan dan polisi Abdul Taib sebagai Ketua Menteri namun percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang baik.

"Hari ini saya tidak mempunyai tanah walaupun seinci, saya bertanding di kerusi berkenaan kerana Balingian adalah rumah saya.

"Saya mahu kepada perubahan dan keadilan," katanya.

Sementara itu, Abdul Taib pada majlis berasingan berkata, sepupunya itu berhak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 16 April depan.

Bagaimanapun menurutnya pengundi di Balingian bijak menilai kredibiliti calon yang bakal mewakili mereka kelak.

"Terpulang kepada beliau kerana negara ini bebas... bebas untuk bertanding. Orang tahu ada banyak jenis calon.

"Dan bagaimana pula anda menilai Salleh dalam politik?" katanya di Lundu.

Ditanya sama ada Salleh akan memberikan tentangan sengit kepadanya, Abdul Tain berkata: "Beliau sudah lama dalam politik, adakah beliau calon yang berkaliber? Apa yang beliau lakukan?"

Selasa, 5 April 2011

PR Akan Tolak..!!

Pakatan pembangkang akan menolak sekiranya usul menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang dibentangkan di Parlimen.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata isu berkenaan tidak memerlukan kepada penubuhan suruhajaya kerana kes itu telah dilaporkan kepada polis.

"Suruhanjaya siasatan diraja lazimnya ditubuhkan bagi menyiasat perkara-perkara besar seperti rakaman video Lingam yang membabitkan pegawai tinggi," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen Selasa.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, Barisan Nasional akan membawa usul penubuhan suruhanjaya itu ke Parlimen.


Juragan :Ghani PakTaik adalah salah seorang dalam SuruhDanJaya itu..



Kah..kah..kah..Lawak..Kerajaan Tak Tahu..??

Polis tidak terlibat dalam memuat naik video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ke laman web "youtube" dan kerajaan juga tidak tahu menahu siapa yang bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam "youtube" itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis.

"Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di sini Selasa.

Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman "youtube" secara menyeluruh.

"Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini," katanya dalam sidang media yang sama.

Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenalpasti individu yang terlibat memuatnaikkannya ke laman video itu dan blog-blog.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan.

"Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan.

"Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran," katanya.

Juragan : macam style Yahudi aje..lembutnya lidah,tapi tangan
duk tumbuk perut musuh dan kaki bagi penerajang..!!



Isnin, 4 April 2011

Perkara Yang "Menyakitkan" Pimpinan Umno..

Siapa punya kerja apabila Klip video seks fitnah muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.

Sehubungan itu dalam kenyataan Nik Nazmi Pengarah Komunikasi PKR yang mengemukakan enam persoalan, antaranya mengapa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik BN di Carcosa Seri Negara.

“Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Datuk T,” katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha Umno-BN untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan Umno khususnya bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?” katanya lagi.

“Mengapa Umno diam membisu tentang pandangan tiga mufti, Dr Juanda Jaya (Muftri Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Mufti Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Mufti Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, (Mufti Perak) Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

“Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?” kata beliau.

Nik Nazmi seterusnya berkata sudah sampai masanya rakyat menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara ini.

“Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

“Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama,” kata beliau yang juga Adun Seri Setia.


Gila Babii..Video Seks Fitnah DiTayangkan Di BTN dan KEMAS - Datuk Mansor

Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.-TVS


Juragan : Polis Raja Lawak buat apa beb..Ini dah jadi kes melampau,dan diluar batasan
Kemanusiaan..
mengapa video ni boleh ditayangkan sewenang-wenangnya
dalam agensi kerajaan,kalau bukan barua-barua parti pemerintah
yang punya kerja...Hancusss Umooo....




Panas Beb...Harussani "Cabar" Putra Jaya..??

Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak (gambar) itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”

Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.

“Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?

“Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.



Ahad, 3 April 2011

Kantoii..Man Raja Lawak DiBatalkan KeJUARAANnya,...??

Program Raja Lawak Musim ke-5 yang dimenangi oleh Man,mungkin di batalkan kejuaraannya..??ini kerana Astro sepatutnya menampilkan peserta yang hebat dan memang lawak iaitu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai pesertanya,ini kerana siasatan "Lawak"nya telah menggelikan hati dan "Telo" rakyat di negara ini.

Beliau yang baru melawak dengan mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’ you..Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Sedangkan lu tahu ke??mengapa DSAI membuat laporan tentang konspirasi Video jijik tersebut ke balai polis?? Sebab beliau mahukan satu siasatan yang terperinci membabitkan siapa individu yang yang menjadi "Hero" dalam filem tersebut dan menahan mereka yang mengeluarkan video jijik itu,tulen ke tak tulen itu cerita lain..kalau dah eskay kata hanya itulah satu-satunya video yang ada,dah mestilah ori braderr..belum kena copy lagi..

Macamlah cite rumah pak mamat kena rompak,apabila report polis...polis datang hanya untuk memastikan bahawa rumah Pak Mamat memang "Tulen" kena rompak (Maksudnya memang betul kena rompak,dan bukan rompak main-main..kuah3 ) malangnya pihak polis tak cari dan siasat pun siapa yang merompak...cuma dia datang nak pastikan rumah Pak Mamat berlaku suatu rompakan yang "Tulen" (Betul-betul)..

Jadi..benda ini sudah menjadi lawak yang menggelikan hati dan Telo rakyat negara ini...dan AStro telah didapati sudah tersilap pilik "Raja" Lawak musim ke-5 ini,Bukan Man yang menjadi juara,tetapi KPN yang sepatutnya menjadi juara...kuah3...Lu Sendiri Mau Pikir Braderrr....




Beranii..Penerbit "Renyuk" Surat Depan Menteri..

Kecoh bila penerbit bengang gara-gara Menteri janji tak betul.Ceritanya ialah,mengikut dasar terdahulu mengenai duit duti ghiburan, kerajaan akan mengagihkan semula duit tersebut kepada penerbit filem tidak kira berapa pun hasil kutipan tiket filem mereka di pawagam.

Namun, arahan terbaru itu menyatakan duti hiburan tidak akan dipulangkan kecuali bagi penerbit yang filemnya mendapat kutipan kurang daripada RM6 juta. Jika melebihi angka itu, wang duti hiburan itu akan dimasukkan ke dalam sebuah tabung khas.

Apabila ada perubahan, ada penerbit suka dan sebaliknya.Macam David Teo yang bangun dan tunjuk protes depan menteri. Habis surat tentang insentif itu direnyuk-renyuknya. Tak setujulah. Nasib baik keadaan terkawal,kalau tidak,alamat terbanglah kertas di muka pak menteri tersebut.

Mungkin tindakan David itu cuma nak mempertahankan hak para penerbit di negara ini.

Juragan : Hebat lu brader David,masih ada yang berani protes depan menteri Umno ni..Kalau setakat surat,berkajang-kajang surat lu bagi pun,mampuss tak akan dilayan,kini kena buku dengan rusa baru tahu langit tinggi atau rendah...Hancusss Umnoo...

Tengok nii..Jubah Peninggalan Rasulullah...

Jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW. Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar penonton dapat melihat betapa besarnya jubah Nabi Muhammad SAW.

Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad
yang berumur lebih dari seribu tahun.

Di Istambul banyak sekali peninggalan Nabi dan para sahabatnya
yang sampai kini dapat dilihat.

Jubah Nabi Muhammad ini disimpan di ruangan khusus
dan ditutup dengan kotak kaca.

Wallahualam...

Sabtu, 2 April 2011

Tengok nii..Siapa Artis Mengundang Laknat Allah nii..??





Sabda Rasulullah.."Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi
ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki
ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan
berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita
yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).



Panas Beb..YB "Tunggul Kayu" Ramai Di Sarawak..??

KENYATAAN penuh kontroversi Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menggesa rakyat Malaysia supaya berfikir dengan penuh hikmah sebelum mengundi pada PRU12 lalu dan menolak jika calon itu hanya ‘tunggul kayu’ dan ‘rasuah’ sekalipun mereka mewakili BN; sehingga hampir menggelincirkan BN daripada tampuk kuasa, jika mereka tumpas di Sabah dan Sarawak.

Kini pilihanraya DUN Sarawak akan berlangsung pada 16 April dan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu memastikan calon yang bakal diturunkan membawa panji-panji BN bukan ‘tunggul kayu’ balak yang telah ditebang ‘kroni’ Taib Mahmud menjelang penamaan calon pada 6 April ini.

Ketiadaan parti pembangkang yang kuat di Sarawak,menyebabkan walaupun jelas dan terang kelemahan yang begitu ketara di kalangan ADUN dan Ahli Parlimen BN, menyebabkan rakyat semakin bingung kerana pemimpin ‘Parti Nyamuk’ mula berdengung dan pemimpin ‘Parti Katak’ mula melompat dari satu parti ke satu parti untuk mendapat jaminan menyambar habuan ketika pilihanraya di ambang pintu.

Natijahnya, rakyat Sarawak mungkin terpaksa memilih ‘Tunggul Kayu’ yang sudah mula mereput dan tidak berguna melainkan untuk tempat cendawan tumbuh, sehingga nasib mereka akan terus ‘bercendawan’ selama lima tahun akan datang; menunggu janji ‘Tunggul Kayu’ reput untuk berkhidmat kepada rakyat.

Faktor ‘Fixed Deposit’ yang diwar-warkan Kerajaan BN dan cuba dimanfaatkan parti pembangkang dengan menawarkan kerakyatan kepada PATI yang cuba dipam keluar melalui lubang tandas ‘Task Force’ yang ditubuhkan secara ‘HARAM’ di Sabah; akan menjadi detik penentu dan arah tuju politik Sabah untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.

Pemimpin ‘Tunggul Kayu’ BN yang diresapi ‘Sindrom Pokok Pisang’ iaitu ‘suka mencantas anak-anak pisang yang mula tumbuh’ dan dalam masa yang sama enggan berundur walaupun buah sudah habis dan hanya mempunyai tandan buruk; semakin bimbang lalu bertanya kepada diri sendiri, “mungkinkah pisang berbuah dua kali?”

Pilihanraya Sarawak akan menjadi detik penentu, apakah Najib akan mendengar nasihat Mahathir setelah Abdullah Ahmad Badawi (Tun) ‘kecundang’ pada pilihanraya umum lalu, sehingga kehilangan majoriti dua pertiga kerana menganggap pesanan Mahathir sebagai ‘Kentut Sekang’ (Kadarau atau Saddui); yang bukan sahaja busuk malah berbau busuk lagi membusukkan dan jijik lagi menjijikkan.

Akan berbahagiakah Taib Mahmud (Sindrom Pokok Pisang) jika Najib enggan menerima senarai calon yang dikemukakannya dan mahukah Taib menerima calon pilihan Najib yang disifatkan seperti memukul anak untuk menyindir menantu?

Mengikut sumber rapat dengan Najib, pada pilihanraya penentu kepimpinan Najib setelah BN kehilangan moral kerana tewas dalam beberapa pilihanraya kecil di peringkat awal pemerintahannya, modus operandi dan kriteria pemilihan calon akan diubah secara drastik bagi memastikan bukan sahaja tidak ada ‘Tunggul Kayu’ malah ‘Pokok Pisang’ akan turut disingkirkan.

Namun dengan kedudukan Taib Mahmud yang kaya raya dan telah memfaraidkan Sarawak kepada anak, cucu dan suku sakat beliau; Najib mungkin menghadapi masalah dengan pelan peralihan kuasa Taib yang ‘entahkan bila’ dan bergantung kepada keputusan pilihanraya umum negeri Sarawak.

Jika Taib berjaya memastikan BN terus unggul di Sarawak, maka adalah tidak mungkin Najib menebang pokok pisang yang bertandan buruk dan tidak produktif lagi; tambahan pula daripada benih pisang bertandan buruk inilah lahirnya kemenangan BN.